Hari ni mau naik bot ke pulau.
Pagi bangun ada sikit miscommunication.
Jadinya breakfast di chalet sahaja.
Terpaksalah!
Breakfast adalah goreng pisang dan roti bakar!
Sama kopi pahit dan teh tawar!
Nasiblah...
Dari chalet jalan kaki ke jeti Semporna...
Geng-geng lain sudah tapau makanan sama jajan.
Jadi marilah kita menapau jugak!
Fad beli nasi kuning sama bihun dua saja..
Sudah banyak kali beli lebih untuk Tihani,
Sudahnya ke tong sampah..
Tukang bot sudah sampai menunggu di jeti...
Kaum ibu dan anak-anak naik notspeedboat
And bapak-bapak naik speedboat!
Destinasi adalah Pulau Mabul dan pulau-pulau sekitarM
Perjalanan naik bot agak jauh mungkin 2 jam.
Di perjalanan ada menyinggah di chalet-chalet atas air..
Ooohhh,cantik cantik cantik sangat pemandangan!
Air jernih, boleh tengok tona warna air berubah-ubah
Dari biru muda ke biru laut ke hijau muda..
Dan dari atas bot terus ke dasar laut melihat batu karang.
Ikan serta penyu..
Sampai di Mabul, terus ke perkampungannya.
Kanak-kanak miskin adalah ramai mengerumuni sambil mengemis.
Diabaikan saja, kaki terus melangkah ke Sipadan Water Chalet.
di Mabul ye, bukan Sipadan. Lepak-lepak di chalet sana!
Amik gambar beli souvenir, mahal ooohhh!
Kemudian jalan ke belakang pulau mau berkelah dan makan-makan!
Kawasan adalah sangat bersih jadi jangan buang sampah merata!
Aktiviti seterusnya adalah mandi manda snorkeling bagi ikan makan!
Seterusnya ke Kapalai oohhhhh!!
Cantiknya tempat ni sesangat cantik!!
Di tengah-tengah laut tanpa daratan...
Bersantai santai lagi dan snorkeling lagi sampai petang..
Sampai masa untuk pulang sesudah petang, minta saja pemandu bot
Menghantar ke Kampung Tampi-Tampi kerana akan check in di resort ini.
Yang lelaki pulang ke jeti untuk mengambil beg sama kenderaan sewa...
1 comment:
pengsan! bestnyeeeee nak pegiiiiiiiiiii jugakkkk
-k.ema-
Post a Comment