Hari Jumaat memang plan nak gi servis kete so pagi-pagi tu call ler pusat servis tu tanya ramai orang ke tak booking nak servis. Oh, hari Jumaat agak kelegaan customer pun tak ramai. Yang paling penting tanya kos. RM221 lebih kurang. Aikk, dah naik hargakah? Apasal tahun 2011 ni semua pun jadi mahal. Gaji je yang tak nak mahal. Bonus plak yilek pochikk!!!!
Takpe-takpe, pas sekolah terus gi Ampang lagipun ari tu kelas batal so tak payah rushing nak gi UPSI. Sampai sana park kereta pom pang pom pang ngan adik kat kaunter, serah kunci. Kat white board tulis ada free nasi lemak and beverages foc. And wifi too...
Apa lagi, Tihani pun asyik minum makan sudahnya berulang gi toilet. Lantaklaaa!! Macam ni nak tunggu lama-lama pun takpe, kan! Dia serabut-serabut pedal kasi on lappy biar dia tengok upin ipin kat youtube!!!
Orang pun tak ramai. Ada magazine and suratkhabar untuk bacaan...
Haaa, itu dia vending machine. Mau minum, pi amik duit kat kaunter. Aku suspek caj servis mahal dia kawtim sekali ngan makan minum and wifi secara pukal plus gov tax 6%.
Itu cawan milo ais kali keberapa pun tatau. Lepas tu datang budak servis tu bagitau,
disc brake plate udah kena tukau. 300 kau!!! Sudahnya, total semua 513. Huaaa,
benda-benda cam nilah aku tak berapa nak gemar ni. dahle nak bayar tempah baju 210, duit insurans 111, duit kete duit itu duit ini.....
dah dah pikir pasal duit sampai bila tak habis!!!!
Bayar jugaklah walaupun tak rela. Udah tu, takkan nak stay situ suh jadi mekanik plak kan???
Ni yang den rasa nak pakai kancil preloved nih
(echa, suka aah ayat ko nak cari kancil preloved tu!!)
Balik tu ngomel-ngomel kat Fad sebab kena bayar servis kete mahal. Aku cakap next servis lagi banyak nak kene abis sebab major servis, lam seribu lebih, korang tau dia cakap apa?
BOLEH, BOLEH
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
BOLEH BLAH!!!!
aku bab-bab kete nih kodokut skit. Kalo ikut ati nak je isi minyak guna air. Lotih asyik isi minyak je. Tapi dah terpaksa nak wat cemana. Nak balik kampung jauh mau la nak kete selesa sikit. Kalau naik satria, mau tertanggal bontot aku ni. Kalo kampung dekat cam sri gombak tu, hah! pakai viva je jimat...
No comments:
Post a Comment