Thursday, July 8, 2010

Kisah beli periuk letrik...

Hari tuh kan, kitorang pergi beli rice cooker. Hahaha. Amik iktibar kes ramai-ramai kaum kerabat aku datang rumah, mak aku nak masak nasi tak de periuk nasi letrik. Terpaksa masak nasi lam periuk atas dapur. Kesian. Sudahnya, si Fadzli janji nak hadiahkan aku periuk nasi pintar. (intelligent rice cooker). Aku tau sangat idea busuk hati dia tuh. Saja lah kan, lepas ni asyik nak suruh aku masak tiap-tiap ari lah tu!!! After searching high and low, we ended with this.


All in one. Boleh masak nasi, boleh masak steam, masak sushi, porridge, buat congee, bakar kek pun boleh. Err, pendek kata macam-macam bolehlah. Tapi, adakah aku akan bakar kek??? Lu pikirlah sendiri!!! Hahaha, aku kalau high tech sangat ni sengal sikit. Nak masak nasi pakai periuk nih pun aku jerit panggil laki aku.

Ok, yang paling best aku nak cerita, kedai letrik ni kan barang dia jual adalah murah. Aku dah survey dah. Bukan barang cap ayam ok! Siap aku tanya orang kedai nih apasal dia jual barang murah-murah. Dia cakap, orang-orang kat Rawang ni semua nak murah. Kalau boleh nak percuma!!! Dusss............................

Hah, sesuai sangatlah bagi orang-orang yang nak pindah rumah nak melengkapkan peralatan elektrik canggih-manggih kat rumah korang tu. Ada satu plasma full HD 42' LG, dia mau kasi clear only 999. Walaupun itu display item, ok sangat-sangatlah. Macam baru. Takde jejas apa pun. Yang lain pun harga dia murah 1-2 k banding kedai lain. Hah, kalau korang rasa nak tengok pergi HSL Rawang.... Barangnya banyak, ada pelbagai brand. Kedai dia pun besar. Ok, itu je nak cerita!!!

3 comments:

Blog Diva said...

fuyyyyooo!!!macam terminator!

faerni said...

muahaha
macam helmet ultraman....

zahira said...

kalo barang elektrik murah boleh la gi usha nanti