Thursday, May 28, 2009

Aku ting tong hari ni!

How am i going to start this? Well, itu Firdaus tidak mahu tidur dari malam, asyik merengek macam ada benda yang dia hendak. Gelisah sana sini. Dari pukul 11 malam aku rasa dah empat botol dia minum susu. Takkan tak kenyang lagi. Seingat aku, dalam pukul 3 pagi lebih Fad bawa turun pasang tv kebetulan Barca VS MU. Hah, cerlang mata Firdaus. Tangan terkepak-kepak melambai-lambai sambil mulut berbunyi-bunyi bahasa ayam dan itik. Huh, kemain suka dapat tengok tv. Fokus..........

Habis aje bola baru dia tidur peacefully. Jam pukul 5 pagi, aku dah tahap terawang-awang kemengantukan terlampau. Hasilnya, aku terbangun pukul 6.45 pagi. Kelam kabut mandi, gosok baju, itu pun ada hati lagi nak pakai sutera, dressed up and 7.25 aku ca alif but. Lambat duh! Sekolah masuk 7.20.

Aku memecut tak ingat sampai sekolah 7.31 minit just to know that 15/40 teachers are absent. Real disaster! Cikgu yang hadir has to be in class from 7.20 untill 12.30. Freezed! Ko bayangkan, ada 25 kelas and cikgu ada 25 saja yang tinggal. masing-masing bekulah jadinya dalam kelas nak control majoriti satu kelas 51 or 52 pupils.

Aku dah naik ting tong dengan tak cukup tidur and nak handle murid-murid yang tak faham bahasa ni. Sudahnya, aku jadi singa dalam kelas......... Balik rumah nak fetch budak berdua tu tapi diorang ikut akcik and pakcik berjalan agaknya. So i can take a short nap........

Tuesday, May 26, 2009

Visiting the new born..........................

Balik hospital, semua orang kelaparan. Langsung makan dengan lahapnya tanpa menoleh kiri dan kanan. Licin-lencun............




Aus yang sokaa menggigit!


Mom and daughter...


Dad and son...



Ehh, lupa! Perkenalkan my sis's son. Very fair and very cute at +- 2kg!!!
Geram....... Aku lupa nak tanya nama, heh!

Jangan baca cerita aku mengarut!

Heh, duk gebang dua tiga hari pasal tetamu yang datang. Tetamunya adalah nenek Tihani bukan nenek Adam. :D ! Actually ini nenek Fad. Sangat sihat and rajin bercerita dan melayan anak cucu. Itu yang Tihani gemar sangat sebab ada orang duk layan dia bercerita 24-7. She called it nenek Kinon instead of calling her nenek Enon.(Her name is Zainon!)


Dinner Time!


Aus terkujat kena riba!

****************************************
My sister gave birth at 8.45am this morning. Both mum and baby are doing fine. And, yes! It's a boy. Aku tengah hangin duk nunggu si Fad nih tak balik-balik lagi janji nak pergi petang ni. Kalau cakap ngan dia memang le asyik buat darah aku going upstair. Kalo hal aku, asyik duk melengah je. Kalau bab dia nak melepak, seminit pun tak lambat.

At the same time, my dad is admitted to the hospital due to hard of breathing. Tambah-tambah ada sakit jantung nih teruslah kena tahan wad. Hopefully my sister and my dad will be discharged ASAP.

I hate to be in the situation i am now. I use to be very independent, i can do whatever i want, i can go wherever i feel like going like no ones care. Aku rasa macam kaki kena rantai. Aku benci sungguh keadaan ini.

Sunday, May 24, 2009

Cerita basi hari Ahad!

I wish to indulge myself with Jco donuts and Dark Berry Frapuccino while reading any light materials. Ohhh, so best! Inilah penyakit orang yang gatal kaki yang dah lama tak pi jalan-jalan kat shopping mall. Korang nak tau, this week my expenditure is less than Rm40 including my fuel and makan at workplace. So jimat, kan!

Itulah dia. Bila dah jimat sangat mulalah kepala otak aku pun ligat duk pikir apa nak beli. So far, aku nak beli spek mata baru. Pakai lense memang ok tapi it's hard for me to drive at night. Susah, silau sana sini. Kena beli! Wajib.

Oh, my bro dah promise nak datang fetch me up on the 8th June. Yay, i can go home peacefully. Hopefully that two lil dude will behave all the way to Besut.

Hah, nak citer pasal our special guest. So, today breakfast i cooked nasi goreng and fad beli roti canai. Lunch, i cooked masak lemak kuning pucuk paku, ikan kerisi bakar, sambal belacan ulam timun. Sure korang nak tau kan sapa special guest kitorang. Nanti later-later aku bagitau!

Ada tetamu istimewa di rumah kami!

We have a special guest at home. Know what, since our guest arrived yesterday, Tihani hasn't stop talking yet. Sampai tengah malam duk bercerita dengan tetamu kami itu. Seronoklah ada yang melayan dia bercerita. Kalau dengan ibunya, dah lama suruh duduk diam-diam. Bising. Seronok juga ada orang datang sekali-sekala.

Saturday, May 23, 2009

pasal the-fef.

Anak teruna ada hobi baru. Panjat memanjat. Pantang lepa terus terkam tangga. Gigih duk naik setapak-setapak sampai atas. Dia dah set in mind kat bilik atas ada benda menarik. Tengah aku pergi bilik belakang nak amik seluar dia dah ada kat separuh anak tangga.



Dia nak masuk bilik kakak sebab bilik kakak ada banyak basikal. Heh! Berjaya gak dia sampai ke atas tanpa pertolongan sesiapa. Korang percaya tak gini budak berumur 7 bulan???



Dalam pada adiknya duk membuas, si kakaknya pulak ada cerita lain. Asyiklah nak suh aku touch up mukanya, ikat rambut macam-macam stail. Pendek kata, duk umah nak baring-baring memang mimpi saja.



Hasil garapan tangan aku yang keras. She's got her own compact powder and cologne. Jangan tak caya. Lenkali aku tunjuk hasil rembatannya di Guardian a few weeks ago. Jangan memain. Make upnya mantain sampai ke malam. Nak tunjuk kat ayahnya lah.

Dah sampai Fad balik, bawa budak berdua ni pi klinik sebab ada tanda-tanda nak demam and selsema. Cuma mild aje! Kang tak pepasal tak boleh fly next week. Ada budak itu telah merengek-rengek ngan ayahnya nak minta makan secret recipe. Mau bangkrup tiap2 mingu makan secret recipe. Jadi kami end up makan kat BCH saja.



Kedai nih makanan dia memang two thumbs up even kedai kayu buruk je. Air buah dia memang drooling, i tell u! Sebab dah lapar sangat takdelah we all snap-snap gambar sup tulang yang boleh tangkap leleh tu.



Tihani mengorder tembikai laici dengan nasi goreng pataya, ibu sup tulang and ayah nasi goreng kampung dengan fresh oren. Sedap sangat! Kami balik kekenyangan.

Friday, May 22, 2009

Streamyx slow melow!

Hoh, streamyx sangat kaput hari ini. Sikit punya lama nak connect to the net. Dah connected, adalah lam 10 mbps. Sepatutnya 1 gig! Tengah duk melayan dua beradik yang daripada pukul 12 balik sekolah tak mau tidur-tidur sampai sekarang. Gggrrrrrr...........

Thursday, May 21, 2009

Aku yang pelupa!

Hari ni sikit punya aku vogue pakai batik and touch up muka sebabnya terbangun awal. Heh, gitulah. Kalau bangun awal, adalah nafsu jugak nak make up. Aku sangat suka pakai eye liner sekarang. Kaedahnya, dah lepas siap semua sebelum pergi kerja aku sidai kain depan rumah. Siap sidai kain naik kereta terus challo........... Amik ko, aku pergi kerja pakai selipar!


Tersangatlah buruk pakai selipar cap jepun ini.

Sudahnya hari ni aku duk mengelak je daripada jumpa guru besar. Kalau idak, harus kena tembak aku sedas dua. Banyak hal pulak sehari dua nih. Nak tau, semalam Fad anak beranak tertidur sampai cerah. Haruslah selepas Aus buat perangai tengah malam. Nasib baik pakcik suami pengasuh datang mari ketuk pintu. Kalau tidak lajak sampai tengah harilah. Heh, segan betul pakcik ketuk pintu si Fad nih denga muka sememeh anak beranak terbongkang tengah ruang tamu. Nasib baik aku tak terlibat dalam cerita ini.

Korang pergi J Card Day kat OU? Esok pulak ada warehouse sale for corelle, corningware, luminarc and vision kat Atria Damansara Jaya. Banyak benar sales lately. Aku tutup dua matalah. Gigih nak ngumpul duit ni, wei!!!!

Wednesday, May 20, 2009

Tihani dan kemalasannya...

Ni cerita anak dara aku lagi. Bab melawa memang kasi kat dia. Hari nih nak ikat rambut tocang-tocang bertingkat. Heh, ada aku kesah?? Yang tolong kesah adalah makcik pengasuhnya. Hari-hari adalah stail ikat rambutnya hasil tangan makcik.


Fesyen ikat tocang bertingkat-tingkat!


Tengah makan burger pun tetap maintain kepala!

Oh, ya! Beriya-iya aku bawa balik buku tulis gambar mickey mouse nak suh si kakak ni belajar menulis. ABC, 123 and alif ba ta dah pass tapi ingat mulut je. Tulis satu habuk pun yilekk poci! Aku tunjuklah buku mickey mouse boleh plak dia komplen cakap lenkali beli la yang ada gambar hello kitty tak pun barbie. Mengada tau!


Tak mau yang ini. Tak cantik katanya!

Aku gigih lah duk bagi latihan. Udahnya aku yang tulis sampai habis. Dia duk conteng aje.



Fad siap bagi contoh yaya. Katanya, tengok yaya dah pandai tulis dah! Haih, dia baca blog you lah Mya!!

Tuesday, May 19, 2009

Aksi dua beradik!

Now you tell me who is the sister and who is the brother? Macam manalah aku tak pening or penat by the end of the day.


Aksi kakak suh adik tolak walker!


Adik being nice, try to push the walker! That direction, please.......

I bet ada orang tu being compromise lately. Now, you know that i'm not shaking my legs at home. Makan pun tak sempat tau as i can't even take my eyes off the two kids. Kalau tak, ada je benda-benda pelik yang dibuat oleh dua beradik ni. Adik as usual will be the follower. Seriously, i can't cook if there is no one to look after both of them. Benda lain boleh tangguh, bab makan, mau ada yang kebulur nanti..................

Monday, May 18, 2009

Cerita Hari Guru saya!



Firdaus sangat suka makan kek. Hari ni ada sambutan Hari Guru di sekolah dan saya dapat kek coklat yang sangat sedap, sangat moist and coklatnya meleleh-leleh daripada anak murid. Si Firdaus telah menjerit-jerit dengan suara yang tinggi pitchnya hanya untuk meminta simpati supaya saya memberinya makan kek. Saya sebagai ibu, sungguh tidak sampai hati lalu telah memberinya makan sepotong. Saya tahu ia sungguh tidak baik untuk budak berusia 7 bulan tapi saya juga tidak sampai hati membiarkan dia menangis tersedu-sedu.



Saya juga dapat sejambak bunga daripada murid. Iya, seorang murid lelaki telah memberi bunga kepada saya. Saya juga telah mendapat hadiah-hadiah kecil yang lain yang telah saya susun dengan cantiknya di atas meja kerja saya.



Sebagai penutup sambutan Hari Guru, saya telah mengambil gambar bersama rakan-rakan sekerja. Oh, ketiga-tiga mereka itu adalah ibu mengandung! Di harap saya tidak mengikut jejak langkah mereka sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun akan datang!

Sunday, May 17, 2009

My planning........................

Both kids are sleeping at the moment. I am supposed to angkat/lipat kain but i'm just plain lazy. Huhuhu.... still in front of the lappy surfing for nothing. Banyak kerja nak buat nih in terms of house chores. Nak gosok baju for tomorrow, kemas dapur a lil' bit. Dengarnya Fad nak balik Sri Gombak petang kang sebab his grandma ada kat sini. My sis in law's wedding is in two weeks time. My school holiday gonna be hectic.

Ok, ok! My in laws asked me to extand the invitation to my sister and hubby (checked!), udin and teh ( i bet they are attending faris's in kuantan, kan teh??) my bro hilal who already packed balik kampung a week ago. Basically i have no one to invite because this is in law's and i passed to fadzli to do so.

My concern, i sooooo want to balik kg on the second week of the school holiday. There are few options that i have to think thoroughly, since Fad cannot send us back because of certain constraints (took leave for looooonggg, has to escape classes because of the wedding and the Indo trip!)

Fadli told me to seek Hilal's help to drive us back to and fro kg. That is one thing! I just want to avoid long drive trip with the kids around. I surrendered last two hours trip back from Pagoh a couple of weeks ago. I know my kids. They cannot sit still for such a long journey. Aus kan buas! Mana leh tahan duk diam-diam lam tempat sempit macam dalam kereta!

Oh, ya! i do checked all the flight tixs available. Be it mas, airasia or firefly and my opt basically fireflyz because it's the nearest eventhough it is the most expensive. I don't buy the tixs yet because i still want to figure out a few things.

Mas and airasia, kalo aku ngan tihani je, i'll definitely go for airasia. I don't mind walking at all sampai ke pintu plane walaupun kena jalan jauh kedaung. Now, airasia not friendly anymore. Nih nak kendong dua budak, tihani selalu kalau aku duk dukung Aus dia pun mulalah perangai mengada penat tak larat jalan segala itu ini, naik mas kat klia boleh tahan jugak nak sampai ke departure gate. Kang kalo amik the earliest flight or the last flight of the day, aku yang pengsan nanti. Fireflyz dekat je kat subang, flight pun fokker je sure org x berapa ramai. Haih kalo ikut aku drive sendiri je balik or should i subsidize the flight tix for my bro suh dia datang amik???
Weh, udin and mek teh, mung x datang kl ke? aku nak tumpang balik. I miss my Apal house.

AF and Secret Recipe

Blame me! I slept half of the concert. I just don't know whether the concert was too plain boring or i was damn tired. However, i was satisfied bcos Hafiz won. Minus the car and the cash, aku rasa hadiah dia tak best, kan!!! Aril dapat car tak? Huhuhu... it's time to rest AF or else........

Oh, yesterday kami makan-makan kat luar. Oh, makan kat luar pun nak kecoh, kan!!! I bet Fadzli nak amik hati kot! Mana taknya, semenjak dia sambung belajar nih i think we were left behind. weekend memang class time. No more hanging around. Saturday, sunday. Me, memang kena jadi supermum, lah. But, again i did whatever i could. Kalau tak biarkan aje. Hoho, my house dah upside down. Berkecah ya, rabbi. Kalo orang datang memang seganlah.

Kami makan kat Secret Recipe je. Itu pun yang paling happening kat Rawang ni. Kalo korang nak tau we've never been to Chillies, TGIF, Tony Romas, CPK, Italiannes, Dome, etc. Starbucks and Coffee Bean pun never. Hahaha..... we are an old school couples....... Hehehehehe!!!!!


Kalau kat Secret Recipe, menu memang sama yang kami order. Tom yam kung is a must. Yesterday, i tried stewed beef steak. Sedap tapi the meat was overcooked agaknya.


Kalo suh amik gambar, adalah buat muka pelik-pelik!


Tekun duk lapah daging, hehe!!

Oh, ya! My anak bujang yang berumur 7 bulan itu telah menjerit-jerit kegembiraan bila nampak kek. I bet because the color was vibrant. Mango delight and hazel cheese. Anak bujang ku makan one third of the cake. Suka sangat ngan mango delight tu. Aku rasa secret recipe dah naik harga. Dulu paling kurang 50+++, sekarang dah jadi 70+++. Tapi dah suka, harung ajelah!!!!!


Aksi menjerit takut orang tak kasi dia makan. Heh, aku selagi rasa ok aku kasi je ayah dia suap apa-apa makanan! Normally, he'll ask for more!


Ko Aus! Makan sikit-sikit je. Kang gomuk, mak ko gak tak larat nak dukung. :))

Saturday, May 16, 2009

Firdaus tengah membuas itu!

Some shots aksi-aksi Aus membuas! Tak larat aku nak kejar.......


Sokmo suka main kat kabinet tv. Times to buy LCD tv gantung kat dinding! wink! Eh perasan dak kepalanya amat bulat!


I caught him playing with the modem. Berselirat wayar situ jugak ko nak pergi!


Angkat-angkat dukung ke situ jugak ko patah balik!!!


Penat! Penat! Gomol atas sofa pulak!

My anak teruna is getting naughtier day by day. Know what he did just now? Mencabut butang-butang huruf kat laptop ni sampai berlubang-lubang. Grrrrr! Berasap je aku tengok. Aduh. Dah lah laptop tu ala ala hidup segan mati tak mau.

One more thing, dia nih susah sikit nak tidur. Tidur pun macam tidur-tidur ayam. Sekejap-sekejap terjaga. Bilalah nak tidur ngan tenang aman dan nyaman tak taulah. Aku sempat snap two pics of his bonding session with his sister.


Budak dua beradik nih. Kalo nak tau si kakak ni lebih adik daripada adik!


Punya kuat minum susu dua beradik ni. Aku boleh redeem empat barang tupperware dengan scoops point diorang.

Ohhh, yeah! Cerita pasal scoops susu diorang. Wyeth dah update dia punya barang to redeem. Remember about my post last time tentang scoops??? Wohooo, more varieties! ada barang-barang tupperware, wide range of toys from playskool, vouchers from anakku, mph and modernmum and electrical appliances as well. Sapa-sapa yang ada scoops tu tatau nak buat apa, kirim-kirim kat aku tau!

Friday, May 15, 2009

Sakit! Sakit! Sakit!

Well, one case of influenza A hits malaysia. The man now quarantined in Hospital Sungai Buloh, another one died because of meningitis while many more have been warded, another case reported in Penang because of leptospirosis (spelling??) causing one dead. Oh, banyaknya penyakit bawaan binatang ni.

My concern, semua tanda-tanda untuk penyakit di atas adalah demam. Oh, ya! leptospirosis itu disebabkan air yang tercemar oleh kencing tikus. Mek Teh, mu kena hati-hati di Penang nun. Eh! mu ngan adam kat kelate! Lupa lak! Ditambah cuaca yang maha panas sekarang ramai cikgu yang demam. Sekali ngan guru besar kena ganti kelas guru-guru yang tak hadir.

Selamat hari guru, CIKGU!

I need help!

Ada korang-korang yang pernah transfer duit guna western union??? We need to pay our ground accomodation in Jakarta but never tried this one before. Since many lost their money from the saving account, i'm reluctant to do so!!!!

Oh, tomorrow is Teacher's Day! I got a photo frame from my pupil. Nowadays, teachers are not appreciated. Hoh, maksud aku dihargai bukan kena kasi hadiah bagai, well behaved pun dah cukup bagus tau.

**********************************

Why God Made Teachers
By Kevin William Huff

When God created teachers,
He gave us special friends
To help us understand His world
And truly comprehend
The beauty and the wonder
Of everything we see,
And become a better person
With each discovery.

When God created teachers,
He gave us special guides
To show us ways in which to grow
So we can all decide
How to live and how to do
What's right instead of wrong,
To lead us so that we can lead
And learn how to be strong.

Why God created teachers,
In His wisdom and His grace,
Was to help us learn to make our world
A better, wiser place.

* just my two cents!

HAPPY TEACHER"S DAY!

Takde cerita...........

Sangatlah takde idea nak update. Tak beraktiviti pun. Haih! Oh, yaa! Aku suap firdaus makan spagetti. Dia tak menolak pun. Duk bukak tadah mulut cam anak ikan. So, suap dia makan beriya je sampai comot momot. Si Aus ni memang berselera. Apa pun dia makan.

Wednesday, May 13, 2009

Duit hilang!

My pengasuh, husband and wife kehilangan wang daripada akaun Maybank selang beberapa hari. Oh, ya! Kenapa Maybank selalu ada masalah ini???? They made a report to the Maybank authorities but it won't solve any problems here. The funny thing was diorang macam tak nak tolong langsung. Both makcik and pakcik ask the bank untuk print statement nak tgk withdrawal di buat di mana pun diorang tak nak layan. Apa nak buat kalau baki duit tinggal RM 8 and 3 sen???

Tuesday, May 12, 2009

Panas melampau!

Ok! Since everybody are complaining about the hot weather, below is the news that i googled!
From Berita Harian. To make it worst, this phenomena will end only by the end of July! Aku rasa macam nak pi beli ekon la la ni gak! Kami empat orang tidur tingkat bawah. Berlenggeng ok! Oh, peti ais umah rosak! Tempat ice box nya tak leh katup. I think the magnetic strip has lost its magnetism. What did Fadzli do??? Dia ikat ngan tali rafia. Tiap kali aku nak amik barang basah nak masak kena untie it first. Jadi apakah maksudnya itu???

***********************************

KUALA LUMPUR: Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat Semenanjung ketika ini adalah kesan pemanasan global dan perubahan tiupan angin monsun.

Fenomena dikenali sebagai `pulau bandar haba (urban heat island) itu menyebabkan bandar yang padat dengan aktiviti penduduk dan pencemaran udara mengalami kepanasan melampau.

Cuaca panas melampau melanda negara bermula Januari lalu menyebabkan suhu meningkat sehingga 36 darjah Celsius di beberapa bandar utama, termasuk Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Suhu panas normal terutama pada waktu tengah hari adalah sekitar 32 dan 33 darjah celsius.

Pakar cuaca dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Chen Ngai Weng, berkata semakin besar dan padat sesuatu bandar, semakin panas suhu di kawasan itu akibat pencemaran dan aktiviti manusia yang menyumbang kepada fenomena itu.

Beliau yang juga pensyarah geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan universiti itu, berkata keadaan akan menjadi semakin teruk jika negara jiran, Indonesia, tidak mengawal aktiviti pembakaran hutan secara terbuka.

Keadaan semakin teruk terutama di kawasan pantai barat Semenanjung jika Indonesia tidak mengawal aktiviti pembakaran hutan mereka secara terbuka yang sering dilakukan pada musim panas dan kering.

Tiupan angin panas dari negara itu ke sini ekoran monsun barat daya akan menyebabkan jerebu. Jerebu yang memerangkap haba akan menjadikan cuaca semakin panas, katanya kepada Berita Harian.

Monday, May 11, 2009

Kisah aku membebel!


Ini budak sudah pandai pegang botol sendiri!


Sila ambil perhatian!
Aku menulis cerita dlam keadaan separuh sedar!
Gara-gara itu budak kecil buat perangai.
Tak mau tidur semalaman.
Aku macam baru nak lena tenguk jam dah pukul
5.29 pagi!

And by 6 aku dah kena bangun sebab aku
nak siap kerja cepat sebab kelas aku penuh
hari ni nanti aku takde masa nak makan!

Erkkk!!!! Sapa-sapa ada adik beradik sedara mara
kawan kawan yang takde kerja, pergilah interview
jadi cikgu sandaran/pegawai tadbir/pembantu
pegawai tadbir/penolong pegawai. Maklumat
boleh rujuk kat sini . Untuk makluman, ini kontrak!
Daripada takde kerja baiklah kerja kan walaupun kontrak.
Sebabnya, cikgu sekolah aku sendiri 7 orang tak cukup.
Cikgu-cikgu lain yang tolong relief! Heh! Penat, ko!

Saturday, May 9, 2009

My B!


Breakfast


Bag


Batik


Bobot

Tidur tak nyenyak!

Susahnya nak tidur malam tadi. Nyamuk banyak gila. Selalu takdelah macam ni. Turun naik 2, 3 kali. Buat susu Aus and pasang ubat nyamuk. Sudahnya lambat pulak dia bangun pagi ni. Kami tinggal berdua aje. Fad kerja malam and today terus pergi kelas. Tihani pulak nak balik umah MIL. Sukalah tu! Gi umah MIL tak kena marah. Semua permintaan dipenuhi. Duk ngan ibu memanjang je kena tempik kena marah. Huhuhu! Semenjak jadi cikgu nih, seriously my voice takleh nak control. Memetir aje. Ishhh!

Mau taknya, satu kelas minimum is 50. Boleh imagine dak! Ramai ya amat! Ok, selain penyanyi cikgu adalah golongan yang mudah mengalami masalah peti suara. Dengan 50 orang ada lebih dari 50 macam perangai. The other day, during class; the girls were very playful. Ko jangan memain budak pompuan zaman sekarang. Duk bergurau-gurau sorang budak nih pi amik pencil box baling kat kawan dia. Hoh! Balingannya tepat kena dahi the other girl and dahinya terkoyak keluar darah banyak melimpah-limpah. Ya i'm kidding! Tapi memang banyak darah keluar.

Bosan ekk cerita pasal sekolah! Nah amik gambar Aus untuk tatapan semua!


Aus macam duduk dalam jala ikan!

Friday, May 8, 2009

Hari ini pergi buat passport!

Hari nih amik mc again sebab sakit kepala berdenyut-denyut. Eceh! Memang pun sakit kepala tapi i did not waste my mc at all. We did something useful. Plan nak keluar rumah pagi-pagi but blame the other three yang sangatlah lembssss! Ahaaha!!!

Ketiga-tiga mereka dah siap, kami pergi klinik ambik mc and had breakfast. Itupun dah dekat kul 10 o.k! Then shoot to Wisma Rampai nak buat passport. Sampai pun dah kul sebelas. Guane nih! Kul 12.30 kang depa pi break semayang jumaat sambung balik kul 2.45 harus tak sempat yada yada. Kami pi potostat, isi borang sampai lenguh tangan and dengan menggunakan kecomelan Aus, kitorang dapat Kaunter Khas. Kaunter khas sangatlah express. By 12 semua dah siap dan kitorang dah collect passport. Happynya!!!!

Balik Sri Gombak, Fad pi semayang Jumaat and i call Honda for service appointment and luckily hari nih tak penuh we can just walk in. 2.30 shoot pulak gi Imavest Ampang. By the time sampai memang ngam ngam our car punya turn so terus aje diambil alih oleh Honda personnel, kami lepak-lepak je sambil minum milo kat waiting area. By 3.30 everything dah siap. Mr. Aus siap tertidur tekup muka sebab kepenatan.

Ohh, 6 years old car walaupun dijaga rapi tetapi sampai masanya ada jugak yang perlu ditukar. For a long distance driving, biasalah brake pad cepat haus, wheel bearing sudah tiba masa untuk ditukar but i put it on hold first. Maybe, next service! I need extra $$$$$ for Jakarta-Bandung trip sebab kami tidak disponsor seperti Kak Red.

Walaupun aku duk gebang trip Indo dalam nih aje, ada gak friends yang tau we all nak pi sana. Dari mana depa tau pun aku tatau. The worst part, ada friend nak kirim stroller. Mak aih! Besar gedabak punya kiriman! Huish, harus gi mana mau angkut barangnya itu! Small item i will consider! For ur info, my flight from klia to soekarno hatta not from lcct to Bandung. So, we will travel via train from jakarta to bandung (agro gede mungkin)and return maybe kami amik suzuki apv/kijang/seumpama dengannya. Kami and others bawa anak-anak kecil juga baby.

Oh, sudahlah cerita trip itu. I can't expect anything selagi belum tiba saatnya. Oh, hari Ibu esok ke lusa??? Patutnya everyday adalah hari ibu sebab aku hari-hari ingat ibu aku!

************************************

My dad called. Cakap Zeli nak datang. Ohh, ada dapat late called yesterday but cannot trace who's the caller sebab insan itu call rumah. Reason being, nak jual dia punya bimmer. Anyone interested??? Pakai honda cabuk pun aku tak larat nak jaga maintenance. Maintenance aku pun tak mahal gitu, yo! Apatah lagi bimmer nya. Hohoh!!! Gawat-gawat gini income merosot lah. Business tak berapa laku!

Thursday, May 7, 2009

Tops and many more.....








Pics courtesy of gojane


Oh! Oh! Oh! Sungguh berkenannya top-top tersebut. Agak-agak kat Bandung banyak tak???