Saturday, November 6, 2010

Outing...

Korang buat apa cuti panjang ni? Sekolah start cuti hari khamis. Hari Sabtu jugak baru nak kemas rumah. Itupun tak habis jugak. Ada bagian tinggal. Kain baju memang kuasa dua malas nak lipat. Elok je siap semua pas zohor. Pastu gerak gi Indah Ria, Shah Alam. Makan-makan umah my sis sempena naik rumah. All food memang sedap especially tengah lapar. Dua kali kitorang tambah sampai kekenyangan and terasa nak tidur sekali. Petang, gerak pi Sunway Pyramid. Takde tujuan pun sebab nak balik Gombak takde orang kat umah. Ended up beli baby tights. Lenguh jugak kaki pusing-pusing dalam tu. Nasib baik Aus nak duk dalam stroller. Puas berjalan lepak starbucks. Tak makan sebab kenyang sangat. Kuih-kuih pun banyak dapat bekal tadi. Tujuan nak beli set bersalin NR pun tak jadi. Nampaknya esok je laa beli kat giant. Huhuhu! Susah menaip pakai bb kecik nau keypad dia. Ok, laa! Mau nengok konsert reunion AF8! Bubbye!

No comments: