Saturday, February 19, 2011

Tihani and cabut gigi...

Peringatan: Sila rajin gosok gigi supaya tidak menjadi seperti di bawah!!!!

Beberapa bulan yang lalu dah terperasan gigi kekal Tihani dah keluar kat belakang gigi susu dia. Sebatang tu dah goyang. Dia duk lah terjuih-juih main ngan lidah. Sekali terhangguk dengan kepala Daus terus terpelanting keluar atas tapak tangan dia. Nasib tak tertelan ko. Part paling best, sound effect dia mcm guruh berdentum dia punya melalak. Haru!!! Selamat di situ!! Sekali, ada satu lagi tumbuh kat belakang dua batang gigi susu and gigi tuh belum goyang lagi. Haishh, potensi nak tumbuh menyorong sebab takde space.



So, me and Fad decided nak bawa dia kat doktor gigi. Doktor cakap, oh, dua-dua kena cabut. Tak ke cam gigil budak sorang ni. So, doc. cakap baik-baik kasi jab kat gigi, huiyoh, kena pegang kaki tangan dia duk menggelepar. Sudahnya, zasss dua gigi tanggal kena playar.



Final check, the best part! Ohh, doc. bilang all dia punya geraham dah rosak teruk. So kena cabut semuanya. SEMUA??? FITAAMMMM!!!!! Ni doc. bilang kalau nak cabut kena bius cam operation kasi separuh sedar. Eeeiiii, ngeri, you!!!!

Hah, itu lah!! Yang manis-manis, gula-gula dia memang suka. Pendek kata memang sentiasalah coklat, and sweets. Dulu-dulu, being the only cucu, semua duk layan kan aje. Sekarang? Sendiri mau ingatlah.

Salah ai jugak. Dia tak mo gosok gigi layankan aje. Tapi ngan Daus tak kasi muka punya. Taram jugak dengan berus gigi. Yang dah terlepas tu nak wat cemana kan. Yang tengah elok ni laa kena jaga.



Daus gigi lawa lagi. Dia pun tak degil sangat cam Tihani. Senang je nak makan kecek. Anyway, cabut gigi kat Besut adalah murah. RM30 saja untuk 2 batang gigi!!! I was like..... SOOO CHEAP?????

No comments: