Friday, March 20, 2009

Cuti-Cuti Terengganu!

Haih! Semalam PTK macam susah je. Ada potensi mengulang lagi nih. Takpelah, sapa suruh tak study kan! Cerita balik kampung pun tak habis lagi. Balik 4 hari memang tak puas lah. 2 hari dah perjalanan pergi balik. So ada 2 hari je bersenang-senang. As usual lah, bila kat kampung mom's cooking yang paling dirindui. And my mom buat ikan pekasam specially for me. Satu tupperware lagi. I really appreciate it! 2, 3 minggu sebelum balik my mom dah order ikan sungai daripada sapa tah and peramkan ikan tuh. Dia cakap kalau beli punya tak sedap sebab bau ikan campur beras dah tengit. Kebetulan before that, dah order kat member yang nak balik Perlis belikan ikan pekasam. Hasilnya, pagi petang siang malam Fad and I duk pekena ikan pekasam. Even breakfast pun makan nasi lemak ngan ikan pekasam. Memang terangkatlah!

Since balik on Saturday, hujan memang tak berhenti-henti. We decided to pay a visit to Tihani's former baby sitter, Kak Mon on Monday kat KT. Sedang elok sampai masa lunch and we all makan2. Memang sedap le Kak Mon masak. Cit cat ngan dia on updates about her kids. Hahaha.. Anaknya yang bongsu yang kerja konstabel polis nak kawin ngan anak dato'. I repeatedly cakap to Fad yang anak bongsu Kak Mon memang hensem. Muahaha.... Series. Memang hensem. Tall, Fair Skin, Chinese look. Padanlah dapat anak dato! cuma minus sekolah tak berapa tinggi. Takpelah rezeki orang!

After that, Kak Mon and her husband bawa kami pi Pasar Kedai Payang. I'm a bit embarrased. Aku nih nama jer org Trg but this is the first time aku sampai sini and honestly, i went nut! Gila ok tengok batik2 pasang be it sutera, crepe, chiffon macam2 corak and pattern even kaftan pun macam2 corak and murah compared to the one kat Pasar Siti Khadijah. I bought batik pasang sutera + chiffon and kaftan. one for myself and dear Kak Mon. Mengenangkan we all nak ke Jakarta/ Bandung in a few months, hajat nak memborong tu simpan dulu. But i realized something, i bought kain pasang way too many this month. Huhuhu! Bila beli kain mesti lengkap ngan tudung bawal, kan! Aku beli tudung bawal pun banyak gak! Insaf! Insaf! Laki ku geleng kepala je!

Hohoho! perjalanan ke KT diakhiri dengan membeli keropok Losong yang sangat terkenal itu. Kami beli kopok di Kampung Losong Masjid dekat ngan Muzium Negeri the same kedai yang pergi ngan Teh and Udin masa visit anak Nadiah dulu. Sedap gila! Bawa member yang kebetulan ada Mesyuarat/Seminar Felda kat KT. Jangan tak caya borong kopok pun beratus buat stok and bagi in-laws, kiriman orang, etc. Penuh satu but kereta.

This time around tak sempat nak pi Masjid Kristal and jalan2 sekitar KT. Maybe next time. Memang syoklah!

1 comment:

Yours truly said...

amboi sakan shopping kat pasar payang..hehe ayeen baru sekali jer pusing pasar payang tapi kejap jer..myb one day wanna take my time pusing pasar payang tue...batik dia much more choices drp pasar siti khadijah..hehe kita2 yg keje gomen nih bleh lar nak melaram sakan..hehe crepe murah kan? org jual online sumer mahal2 belaka...