Monday, February 28, 2011

Pakai tudung gaya baru!



Ai cuba-cuba pakai tudung gaya gini. Tetiba rasa macam muka boolaatttt!!! Sesuaikah?? Oh, baru perasan bahawa haku amik gambar dengan kereta. I don't like!!! Very the typical MLM style, kan!!! Konon-konon ko dah capai certain level, pastu dapat insentif kereta, then harus bergambar-gambar di samping kereta. Sila jangan speku. Haku MLM tak koser nak join!!

Hah, that's me after gave birth to Fiqhri. 3 months after delivery. Weight tara timbang tapi ramai tegur ai kurus which i loike very-very much. Muahahaha.......
Apa rahsianya:"Makan hati berulam jantung!"

KIPLING Items for sale!!!

Item #1: Kipling DEFEA Medium Handbag


Material: Fabric
Size:33 L x 24.5 H x 19 W cm
Volume:11 Litre
Price: RM 90

A proven best seller hand bag which can also be worn as a shoulder bag or across the body.
  • Removable and adjustable shoulder strap
  • Zipped main compartment contains:
    • Zipped pocket
    • Mobile phone drop pocket
    • MP3-player drop pocket
    • Clipped keycord
    • 3 Pen pockets
  • Small zipped front pocket with diagonally zipped front compartment
  • Small zipped front pocket having a front compartment with a flap with Velcro closure
  • 2 side pockets with Velcro closure
  • Zipped back pocket
  • Furry Kipling monkey keyring
  • Material: crinkle nylon
**********************************

Item #2: Kipling JARITA Shoulder Bag


Material:Fabric
Size:38.5 L x 21 H x 17 W cm
Volume:8 Litre
Price: RM 90

NEW MUST HAVE STYLE!
This shoulderbag is a revamp of style Jeel in a more modern way – a proven shape.
  • Adjustable shoulder strap in cotton webbing (120cmx4cm)
  • Zipped main compartment containing:
    • Zipped pocket
    • Clipped key cord
  • 2 Zipped pop out front pockets with extra organiser:
  • cell phone drop pocket
  • 1 pen pocket
  • MP3 player drop pocket
  • 2 zipped side pocket
  • Original furry Kipling monkey key ring
  • Material: crinkle nylon
***************************

Item #3: Kipling SWEETHEART Baby Changing Bag



Material:Fabric
Size:46 L x 36 H x 18 W cm
Volume: App. 20 Litre
Price: RM 90

Ultra-functional nursery bag in an adorable print which fits all what your baby needs for the day.
  • Main compartment with zipper going around, and gussets for large opening, including a large zipped pocket for accessories, baby toiletries as baby bottles, nappies, ...
  • Furry Kipling monkey keyring
  • Material: crinkle nylon
* Dealing method: POS Laju
* Shipping Cost: W.Malaysia RM 8, E.Malaysia RM 13
* Payment method: Maybank2u

If you are interested or you have any inquiry, please leave a comment or email me at faerni@yahoo.com

First come first serve basis!!!

Thursday, February 24, 2011

Apa souvenir nya?

Sepanjang 3 hari he was away, emel-emel jah! Nasib baik bb on je so can reply immediately. He was asking for souvenir and ai sempat tweet tweet ramai bagi suggestion suh amik cotton. Kain lagi!!! Pitam mak nanti. Kainnya murah pastu nak menempah lagi dua tiga kali lipat mau bayarin. Susah jugak mau minta apa.

Korang teka-teka aku minta apa???

MIL ada kat sini tapi dah balik!!!

errr, suami takde tiga hari kat umah pi saigon sana. Kunun-kunun macho leh tinggal sendiri ngan anak-anak tapi Mr. Fad awal-awal bagitau mak dia nak datang teman. Aisehhh, sudah tak bleh jadi ni. Hari selasa dia fly, balik sekolah kelam kabut kemas satu umah. Malu lak ai kalo mak mertua tengok umah ai sipi-sipi ghupe kandang. Penat giler melipat kain banyak giler ngalahkan gunung kinabalu. Adoyai...

Ai bukan tak suka korang-korang datang umah ai. Sokerrr tapi ai malas nak ngemas umah. Tak sempat masaelahnya. Ari tu derang-derang datang umah saja-saja abis sampai lam jamban pun mau nengok. Haiyohh, malu ai.

Oh, sudah-sudah! Malam lepas Isya FIL and MIL menyusul datang singgah ke sini. Aku masak pun idak. Tak dan. Depa bawak lauk dengan bajet menantu masak nasi. Haruslah aku segera pi tanak nasi atas dapur. Bagi copek skit. Siap tunggu tepi dapur. Kang hangit letung kang sapa yang malu?? Nak masak lam periuk letrik canggih ai tu, sejam lebih ko tanak nasi. Kang gigil-gigil perut derang lambat makan nasi.

So, merdekalah Firdaus dari pergi nurseri dua hari. Tah apa yang dia tak suka pergi nurseri tataulah. Dulu iye lah ada ucop duk buli dia. pindah nurseri tengok budak-budak besar duk layan dia baik je siap wat main bagai tengok seronok ari ari nyanyi lagu jit jit shemoot shaappeee shaakit nek atashhh!!! Ngeh ngeh ngeh....

Malam selasa yang ari Fad pergi tu, masa nak tidur tetiba laa rasa macam takut meremang bulu roma. Selalu ai berani je tak heran tidur sendiri ngan bebudak nih. Tetiba teringat yang benda yang ai nampak tu yang berderet tengah-tengah malam buta berjubah hitam...... Ishhh!!! Rupanya baru tau my neighbour meninggal on that day. Inalillah!!!

Oh, 2 hari MIL duk umah, clear je dia kemas. Malu weh... mesti dalam ati dia duk kata, apanya menantu pemalas ya rabbi!!! hahaha! nak wat lagu mana.... bagi den 24 jam kuasa 3 baru cukup semua benda setel....

sesi merapu!

Disclaimer: apologize if I had spelling errors! Ni menaip sebelah tangan sambil mengiring dan serta menet*k. Fad left for hcmc 3 days before leaving the kids with me! Huru-hara sikitlah sebab bebudak ni melasak secara hebat. Tak yah kan yang kedua ketiga, yang sulung pompuan tu pun terkinja-kinja ngalahkan jantan. Huiisshhh, kengkadang aku pun naik menyampah nak layan. Ada gak tergerak lam kepala nengok dia ni hiper ke? Sekali sekala duk ngintai dia dari tingkat 4 mmg tak duk diam. Tapi melangut tgk drama boleh plak ko fokus hatta repeat 10 jam pun. I know! She has been spoiled too much by tok mak n tok ayah! Kalo mak aku, tak kasi mukanye. Memang nak kena tempik punya tapi dos yang berkurangan sikit laaa. Biasala mak pak ni kalo ngan anak tak bagi muka tapi sampai ke cucu terus lemah lutut.

Eh, baru pasan kalo taip from bb x leh nak insert pic. Tatau celah mana ikonnya! Huhuhu... Ikm typing tanpa hala tuju ni.Merapu sebab 3 ari laki tak balik umah. Dulu aku tinggal dia gi BDO lg lama 4 ari.

Sila bayar saman anda!!!

Eh, korang! Acu tgk kalendar dah berapa haribulan ni? Dah nak abis bulan dua. Dah nak abis tarikh bayar diskaun saman. After Feb, takde lah diskaun dah. Kena bayar maksimum ok!!

Dah memang suka jadi habit tang benda-benda macam ni memang last minit, kan. Nak berasak-asak kat trafik, i tak kuasa so online je laaaa. ehh, korang dah settle saman korang lum? Saman bayar online pun lembap u ollss.....

Jadi sapa-sapa yang belum bayar saman, dah dapat gaji gi bayar nanti tak boleh renew road tax and driving lesen...

Monday, February 21, 2011

Apasal hari ni penat sangat ni??

In between of reading articles and paperworks, kena deal dengan Daus. Kejap-kejap datang bawa pen dengan kertas suh lukis bunga raya. Celah mana dia boleh obses dengan bunga raya pun tatau lah. Sekejap-kejap, terkedek-kedek bawa buku bergambar suh tunjukkan dia bunga raya. Ok, pening!!!

How i wish that i have more than 24 hours in a day. Tak cukup nafas dah ni. Nak buat keje rumah lagi, kerja makan gaji lagi (bila mau kaya daaa....) kerja belajar lagi. Fuhhhhh!!! Dah lah hari ni start keje after such a long holidays. 40 hari pantang pastu sambung 50 hari lagi goyang kaki. Huk huk huk!! Masuk-masuk keje terus sakit tekak batuk kong kong kong suara takde. Tu pun maintain garang depan bebudak tadi. Sudah tamau kasi can nanti budak-budak ni naik tocang!!! Aku dulu satu minggu cikgu suh tulis esei baper banyak tau tak. Tak siap, siaplah tangan aku kena libas ngan rotan panjang. Sakit duh!!!

Esok Mr. Fad mau berangkat ke Saigon sana. 3 ari laaa duk ngan bebudak ni. Huaaaa, dah bayangkan dah, aku masak nasi je pastu lauknya kicap. Sekian, harap maklum. Budak berdua ni masak ler kambing golek pun langsung tak sentuh baik kasi makan kicap je.

eee, banyaknya keje nak kena wat ni. Nak pack baju budak kecik berdua tu for nursery, gosok baju, bla bla bla.... arghhh penat penat!!!!

Sunday, February 20, 2011

a day at Indah Ria!

Tak pasal-pasal dapat sakit. Ibu jari terkehel. Rushing nak kuarkan ayam yang beku. Sakit huhu! Actually pepagi dah berangkat gi umah kak long kat shah alam sebab fad nak gi foto class kat putrajaya. So aku pun bekal ayam, ikan bilis, and cili blend. Singgah kedai beli kelapa ngan kacang tanah. Mari kita memasak nasi lemak di sana. Sampai-sampai kat umah kak long dia dah siap wat karipap dah pun.

Aku pun perah kelapa tanak nasi masak sambal ikan bilis perap ayam rempah tu yang sampai terkehel jari tu. Adooiiii laaa! Ada potensi nak membengkak ni. Laku gila karipap dibedal dek Tihani. Pastu ngajak ayah su derang mandi swimming pool. The main reason bebudak ni suka dtg indah ria. Tapi keserabutan korang dua beradik ni sekali sekala nak la ayah su korang layan. Kalau hari-hari mau kena siku gamaknya. Puas kat pool nak main playground plak sampai tak nak naik. Kena mak korang jugak turun peergi turut. Sudah sampai umah makan nasi lemak kemain banyak lagi. Masing-masing dua tiga kali tambah. Nasib baik masak banyak tadi. Kira brunch teruslah.

Sambil-sambil tu kak long tengah mengemas kain baju, aku macam biasa laa tunggu mana yang dia tak muat, aku sapu! Kang simpan dalam almari takde orang nak pakai rugi, hahaha! Fiqhri lak kejap-kejap terjaga maklumlah demam batuk selsema dia tak baik-baik lg. Elok je lam kul 1, fad sampai. Lepas dia mkn ngan naji, we all kemas-kemas pulanglah ke rumah sendiri.

Saturday, February 19, 2011

Tihani and cabut gigi...

Peringatan: Sila rajin gosok gigi supaya tidak menjadi seperti di bawah!!!!

Beberapa bulan yang lalu dah terperasan gigi kekal Tihani dah keluar kat belakang gigi susu dia. Sebatang tu dah goyang. Dia duk lah terjuih-juih main ngan lidah. Sekali terhangguk dengan kepala Daus terus terpelanting keluar atas tapak tangan dia. Nasib tak tertelan ko. Part paling best, sound effect dia mcm guruh berdentum dia punya melalak. Haru!!! Selamat di situ!! Sekali, ada satu lagi tumbuh kat belakang dua batang gigi susu and gigi tuh belum goyang lagi. Haishh, potensi nak tumbuh menyorong sebab takde space.



So, me and Fad decided nak bawa dia kat doktor gigi. Doktor cakap, oh, dua-dua kena cabut. Tak ke cam gigil budak sorang ni. So, doc. cakap baik-baik kasi jab kat gigi, huiyoh, kena pegang kaki tangan dia duk menggelepar. Sudahnya, zasss dua gigi tanggal kena playar.



Final check, the best part! Ohh, doc. bilang all dia punya geraham dah rosak teruk. So kena cabut semuanya. SEMUA??? FITAAMMMM!!!!! Ni doc. bilang kalau nak cabut kena bius cam operation kasi separuh sedar. Eeeiiii, ngeri, you!!!!

Hah, itu lah!! Yang manis-manis, gula-gula dia memang suka. Pendek kata memang sentiasalah coklat, and sweets. Dulu-dulu, being the only cucu, semua duk layan kan aje. Sekarang? Sendiri mau ingatlah.

Salah ai jugak. Dia tak mo gosok gigi layankan aje. Tapi ngan Daus tak kasi muka punya. Taram jugak dengan berus gigi. Yang dah terlepas tu nak wat cemana kan. Yang tengah elok ni laa kena jaga.



Daus gigi lawa lagi. Dia pun tak degil sangat cam Tihani. Senang je nak makan kecek. Anyway, cabut gigi kat Besut adalah murah. RM30 saja untuk 2 batang gigi!!! I was like..... SOOO CHEAP?????

Friday, February 18, 2011

Kami semua sakit!

Ooohhh, satu rumah diserang penyakit. Bencinya! Muka-mula si Tihani balik sekolah muka monyok je cakap dia tidur dalam kelas sebab tak larat. Sakit perut ngan loya. Pastu rasa badan mcm panas sikit. Sambung pulak Aus selsema batuk n jangkit kat Fiqhri. Now, me pulak pening kepala mcm nak migraine the whole day tidur je. Fad pun suara dah semcm. Uuuu, tension sgt!

oh, Daus!

Berkait entry manusia apakah??? rupanya ada sambungan. Hiksss!!! Tgh malam gigih my dear friend ajak gossiping. Hah! Kan sapa suh jadi evil. Semua cerita dlm kain dia kuar. Nasiblah labu!! Sendiri mau ingat. Aku wat hal aku je sudah.

***************


Suar yilek pakai pampers. Selipar pink tuuuu!!!

Huh, tengok anak bujang no 2 nih. Kemain soka dengan kamera. Sikit-sikit nak gambar. Terpaksalah bagi kamera buruk nikon untuk dia melenjan. Bukan boleh tipu,ok! Nak beti (bateri) suh pasang. Lately vocab cam hebat and yang paling best, suka lagu bunga laya. Siap breakdance tak tahan!!!

Bunga laya,
Labang pajangga lessiaaaa.....

Hahahaha. Kelakar gilalah. Nampak bunga je. Cakap bunga laya. Kalau aku kata bukan dia tanya balik, bukan bunga laya...... bunga losss??? *gelak guling-guling*

Thursday, February 17, 2011

Baby sling!!!

Selalu kalau keluar gi memana, isu paling utama adalah, mcm mana nak bf Fiqhri! I, ended up bawa bekal formula so that i tak payah nak flash my boobies in public, lol!! Terlupa pulak about the baby sling that i borrowed from my sis. Errr, part paling best i don't know how to wear it. My sis siap bagitau boleh jadi cover for bf. Dalam pala otak, i should cari ponco to cover up! Something like this.


Kang lemas pulak duk dalam kain tu!!

Masa dapat baby sling tu, practice lah. My mom even jadi tutor lak. Pakai macam ni lah, macam tu lah. Hiks!! Best of all, Fiqhri reluctant to be in it. Ke aku yang tak reti pakai? Let me find a video how to wear a baby sling in a right manner? Mak cetek ilmu!!!

Ok, this is the easiest way, i guess!!



Suka tengok my cousin mimi wearing baby sling carrying baby nuh sbb mcm sesuai je. Dia tinggi jadi takdelah nampak ackward ke hapa. Me try sampai pinggang. Huhuhu. Fad lagi best, siap cakap, macam indon je!!!!

Manusia apakah???

I had an issue here and i don't mind if u read my blog or not. It just make me wonder......


I haven't had any memory of you. As far as i can remember, you were my schoolmate. ONLY a schoolmate. Sometimes u updated your status on FB and that's it!! I never commented on your status, to show that we were barely know each other.

Until suddenly, you approached me on FB chat and asked me to lend you MONEY! Oh, come on!!! We are no close as a good friend how can u simply want to borrow money from me!!!

Better still, i have a list of friends in my BBM that i can asked just to revealed the darker side of you. They were kind enough to share and remind me instead of your bad habits.

My oh my! Why there is a person just like u on earth? I just don't get it!!! These were some of the stories i got from a good friend of mine.

"Dia tu memang suka pinjam duit orang. 2 tahun dulu dia nak pinjam duit A 3k sbb nak servis kete. Katanya laki dia pi oversea tak tinggal duit."
eh, ko nak servis kete apa sampai 3k? Nak bayar down payment kete pun boleh 3k!

"Dia pun penah nak pinjam duit aku. Katanya tak jumpa cari bank."
Kat stesen minyak bersepah ATM. Alasan je tuh.

"Dia tu memang macam tu. Sebenarnya takde duit. Berlagak je lebih. Konon beli handbag harga ribu-ribu. Sebenarnya pinjam sana sini....."
ukur baju di badan sendiri. kalo gaji ko 3k tak payah ler nak ikut-ikut gaya org pakai lv segala. Hidup sederhana kan lagi baik dari pening kepala nak auta sana sini.

And the list goes on!!

Oh, masalah attitude apa dia ni. Tak feel lah citer in English. Huhuhuu!! Masa ko approached aku, aku pun tak ingin nak tau apakah ko punya emergency. Terdesak nak pakai duit sangat. Kalau desperate sangat pun tak malu kah nak pinjam sana sini. Ko takde family suami adik beradik yang boleh tolong kau? Tak pun diorang tu dah meluat nak tolong kau mengenangkan perangai kau tu??

Sudah-sudahlah meminjam sana sini. lama-lama terbuka juga sampai semua orang tau. Siapa yang malu!!! My friend siap pesan. "ko abaikan je budak tu."

Off MC and Nando's!!!

Cerita basi minggu lepas. Sudah berhari-hari duk update pertukaran mata wang asing kat Mr. Fad. So, hari Rabu macam duit ada naik sikit. Tak mo duit lagi naik jadi kitorang pergilah ke MidValley. Mengusung 3 anak. Sebab dari Sri Gombak berangkut berusung kain baju, stroller tak bawa la pulak.

Cucuk duit segala, proceed ke Wawasan Money Changer. Ok, from review this MC offer good deal so settled with USD and HKD for both our trips later.


Besar kemain duit Hk ni. Mcm envelope!!!

Settled, got HKD 7600. Tukar sikit dulu. Kumpul 3 bln lagi tukar lagi!!!

Mr. Fad pimpin An and Daus while me dukung Fiqhri. Surrender, you! Berat. So pi info counter nak lend stroller lah. Isi borang sana sini dapatlah stroller cap sweet cherry got two back home. Umang aiii, kemain berat stroller ni nak ditolak. Bukannya Fiqhri yang duduk. Aus lak. Dah kesian sangat muka ngantuk ya rabbi.


Ada potensi nak kuat makan si Fiqhri ni!!! Meleleh je ayaq liuq!!!

Pastu budak-budak nak makan Nando's. Ada orang tu nak Peri Chicken Starter but sad enough the menu has been withdrawn. So belasah mana ada. Me order half chicken with 2 sidelines while Mr. Fad with Petisco sebut "Pet-tish-koo". Masa ni lah si Fiqhri nak meneteks. Sua-sua botol tak moh laaa pulak. Usung dia masuk k4 but the nappy change room at the other end. Malas aku nak menapak. Kesudahannya, sumbat je botol.


Makan cam pelahap. Huhuhu!!


two sets, sekejapan aje licin!!!

Eeeiiii, awatlah most place esp. resto are very open. Hard to bf. Me pulak lupa my pashmina nak cover tertinggal lam kete. Kesedihan di situ... Makan pun cepat-cepat, sebab bebudak ni dah kena rasukan. Imagine pi mall less than two hours. Soooooo not me!!!! Lenkali pi mall, pi sendiri, yaaa..................... And cannot eat Nando's too often, bikin wallet gue nipis!!!!

Wednesday, February 16, 2011

Fiqhri domam!!!!!



Oh, oh!! patutlah fiqhri cranky semacam je semalam.
Nak tidur pun gelisah je...
Puas sumbat t*t*ks pun tak jalan.
Dah rasa cam tak sihat je budak kecit ni.. Panas jugak badan dia..
Kong kong kong bunyi batuk hidung ada hingus gaklah!!!

Cakap ngan Fad idung dia tersumbat tuh yang dia cam tak selesa, kot!!
Sekali Fad angkat bawa masuk bilik air....
Srooottttt sroootttt yak tuih yak tuih!!!!!
Huih, disedutnya hidung Fiqhri nak kuarkan hingus...
Pastu Fiqhri cam lega dah tak nangis nangis sangat!!!

Errrr, ari tu dia cakap dia sedut hidung Fiqhri.
Tapi macam tak caya sangat..
Tadi pagi tengork.. Eeeerrr, ai geli aaahh!!!
Siap aku tanya, Eeiii, rasa apa??
Pastu blah masuk bilik air kumr-kumur mulut.
"eeeiiiii, masin lah hingus Fiqhri!"
Yaak tuiiihhhh!!!!!!

Nak menyombong apa ke halnya???

Read an entry from someone who has been to Bandung recently. Oh, my!! How come i missed that place so much???



This was my second trip there with my friends, kami tiga mak dara!!...
Teringat kisah-kisah kat sana!

Pada satu hari tu kitorang kat Tangkuban Perahu, tergodalah dengan sepaket strawberry. Jadi kitorang pun belilah. IDR50 000 rupiah...

Pastu kitorang naiklah kat ada satu tempat tinggi lepak kat situ sambil makan strawberry.Cari gambar tempat tu tak jumpa plak.
Sedap buahnya. Besar-besar manis pulak tu!!

Adalah seorang budak ni, baya Aus, duk perhatikan kami makan sambil merengek-rengek nak buah jugak minta kat ayah dia. Ok, kami tengok mak ayahnya lebih kurang baya aku juga, pakai baju NUTP serombongan cik kiah dengan ahli-ahli lain. Dalam hati aku, oh, gomen!! mesti cikgu cikgi yang pergi rombongan nih.

Kawan aku pun ngulur ler buah kat budak tu. Budak kecik tu baru je nak suap lam mulut, boleh plak ayah dia tepis tangan anaknya sambil bebel-bebel kat bini dia,

"kan saya dah cakap jangan biar anak tu makan yang bukan-bukan."

Sambil jeling-jeling kat we olsss!!!

Kemain kuat kau!!! Eh, tu buah je pun!!!
Rileks aaaarrr brader bukan makanan yang kitorang masak pun kalau ko sangat menitikberatkan kesihatan, kan???

Mak cik kat atas yang menjaja tu siap tanya we ols,

"Keponakannya, ya mbak?"
saudara ke tu, cik?

Aku bilang,

"Nggak ah, bu!! Nggak kenal sama itu orang. Belaguu banget!!!"
Taklah, kak. Tak kenal pun. Berlagak je dia tu.




Ohhh, tu baru pi Bandung. Kalau gi Barcelona ke Belfast ke London ke tataulah tahap mana kesombongannya. Dah rupa Indon ke kami tiga orang yang dia nak eksyen-eksyen bagai. aku pun tak paham. Sudahnya, turun from Tangkuban Parahu, we alls singgah makan kat satu resto ni leh serempak lagi ngan dia. Sueewwwwweeeeiiiiii!!!

His obssession!!!!!



Acu korang tolong terjemah sikit apa ke bendanya yang duk bebel dek Daus ni?
Sampai pening pale aku pikir apa yang dia nak sebenarnya.............

Ni ayat dia,

"Jomla, Daus nak buaya! Ibuuuuu! *high pitch*
kat CC (KLCC!) ada buaya......"

Pengsan nak melayan!!!!

Best of all,
throughout the day, the things that come out from his mouth only about car and car and car!!!

"Daus suka naik car bmbu (bmw!). Lajuuuuu!"


Image curied from Teh.

"Ibu, jom naik car onda! Jalan-jalan!"

"Ibuuuuu, ni car tissan (Nissan Sentra) ayah ciikkkkk!"
tunjuk nissan fairlady dlm motor trader..

Hasilnya, selambak aku kasi mag. motor trader. Duk situ diam-diam!!!!!

Tension pasal kereta boleh???

My late father used to say that,

"Duk bandar tak payah pakai kete mahal-mahal. Susah nak jaga."

Errrr, i'm not saying that i drive expensive car. Alaaa, gua drive pun kete bapak gua kasi, laaa!!!
Masalahnya, dalam pada aku duk jaga beria benar, kena juga langgar ngan orang. Calar jugak sana sini. Kemek-kemek situ sini tok sah citer laaaaa. Haish, tension mak!!!


Not my car! Image googled..

Nak wat cemana? Kawasan bandar ni dah padat benar. Pulak tu kalo parking, haruslah sempit-sempit. Kalau orang sebelah bukak pintu luas-luas, confirm terkena pintu kereta parking kat sebelah. Kalau side parking lak, kena yang stok sengal, habislah disapu bontot kereta belakang. My bontot kereta dah calar balar, huhuhu!!!! Yang paling best, banyak cacat cela tuh Mr. Fad yang buat. Tension tension!!!! Kalaulah my dad ada, mesti dia berbulu je mata tengok kete Honda tu. Masa duk ngan dia shining blink blink lagi. Parking kat porch je. Anaknya nih, ikut dan je mana nak letak.

Belum lagi kalu balik Sri Gombak, lagilah sempit salah parking je adalah makhluk durjana yang pi gores kasi calar baik punya dalam sampai kasi line putih. Huh, aku sumpah tangan dia berkurap!!!!!

One more, cermin depan kete ari tu dah retak dua, kau!!! Claim ING lum dapat lagi dah retak balik kena batu terpelanting dek lori...................

So damn tired and i can't even think straight!!!!

Series, malas nak cakap bebanyak bila badan letih otak ligat pikir banyak benda nak kena wat. Minggu depan dah start keje huhuhu..... Best and tak best!!!

Layanlah gambar si fiqhri budak mok mok nihhhh!!!!!



Budak kecik comel ni really makes my nerves wrecking lately. Banyak cikadak benar!!! Sudahnya, pergilah ke nurseri kamu, lalalalalala............

Tuesday, February 15, 2011

Netbook sakit!!!

Semalam nak tak nak kena pegi juga format pc errr netbook. Dalam pala otak duk ingat kedai sebelah KFC ada kedai komputer. Tanya sana sini ok mostly derang amik RM50 nak formatkan. Tapi, cina tu cakap dua minggu baru leh siap sebab banyak pc nak kena repair. Apakah??

2 minggu??? Kerja aku tak boleh tunggu dua minggu ok!!! Harus nanti aku presentation stok shallow je sebab tak baca banyak articles. Bebudak dalam kelas tu pulak stok pekena orang nombor satu. Silap aku gak, selalu percaya pada statement yang anta kedai cina lagi bagus dari anta kat kedai melayu or cina buat keje lagi kualiti dari melayu.

So, kasi masuk KFC pekena ayam dulu sambil pikir2 apa strategi seterusnya. Sambil tangan sms kat laki bagi tau yg cina tu cakap 2 minggu baru siap. Bagus je akunya intro sms.. "Yang, cina tu ckp bla bla bla......."

Pastu ada sms masuk. Kejadahnya aku sms tadi kat Isyamzazril sambil dia replied, "Weh, ko sms salah orang tadi.." Dusshhh, malu giler.... Tang ni nak masuk bawah meja ni!!!!

Siap-siap makan, dah bajet nak gi Tesco Rawang la pikir kat situ pun ada kedai komp. Pastu terlalu depan kedai komputer buruk je depan perhentian teksi Rawang. Kasi try laaa....
Ok, tanya-tanya lebih kurang kat budak melayu tu dia cakap dia leh wat lam 2-3 jam. Tinggal segala mak neka lappy charger external cd-rom, aku pun blah.....

Mamat tu tepon balik. "Kak, akaknya windows 7 ni ori. Try cari cd dia pas saya format saya install semula." Damn, cina kedai komp yg aku beli lappy ni tak kasi aku cd windows tu....
Cina nih tipu aku, laaaa...............

Sampai umah, call balik adik tu. Ko try laa wat cemana-mana pun dik oi yang penting lappy akak ok.... Heh, awal-awal lagi dia bitau yg dia format pastu install yang pirate. Nasiblaaaa labu!!! Malam tu, pi semula collect netbook kat kedai adik tu. Moral of the story, tak semua cina pny kerja bagus n tak semua melayu punya kerja hampeh...... Pasnih tau dah kat mana nak repair lappy kalo2 rosak, hikssss!!!

Saturday, February 12, 2011

Reformat pc!

Perkara yang amat dibimbangi telah berlaku.
Kena reformat laptop sedangkan all my master
pny hasil keje semua dalam tu. Try back up
dgn external disk tapi not sure can open it or
not. Hope so! Nasib baik lah leh pinjam hd member.

Through out my journey doing master, I'm glad to
be surrounded with people who are kinda helpful and
sharing and caring tooo... They are awesome!!!

Bila leh gelak sama-sama wat lawak bodoh, ngumpat
ngata, discuss, etc...

Tiba-tiba jadi emo lak!! Ish ish ish!

Sent via Blackberry Smartphone!

Friday, February 11, 2011

Bunga api and BF!!

Penat ari ni weih! Cina sebelah umah den tgh malam buta dentam dentum bakar mercun. Besar gabak mcm sambut new year kekdahnya. Mencicit si Daus lari ketakutan. Si Fiqhri lak tidur-tidur lalat kejap2 terjaga. Derang celebrate apa ehh???

Aku takdelah marah sgt. Marah lite2 je sbb dia pun xde wat hal di kejiranan kitorang. Sekali- sekala tengok free show dari lam bilik feeling2 new year! Tau laa kan zaman sambut new year hanya relevan di kala bujang sahaja. Apa ke pekdahnya dah beranak pinak ngeret anak ke klcc semata nak tgk bunga api kan?

Errr, ari tu sapa duk gebang lam twitter ckp ada pertunjukan belon udara panas kat putrajaya? Dah lepas ke blum, ahhh? Nak tgk, nak tgk!! Sekalian bawak anak-anak riadah....

Hoh! kul brp ni? Nak tidur kan si daus sama fiqhri susahnya. Kang ptg nak proceed gi upsi. Eeeeeerrrr, in dilema sama ada nak stop bf fiqhri or not! Sian dia! Every week tinggal dia kasi je formula tapi breast sakit bengkak susu huhuhu!! I just don't like my baju getting wet! Geli... Nak pumping condition adalah sgt x sesuai. Kelas 3 jam x kan nak kuar sampai half n hour kang lect. Pasan lak. Pastu nk store kt ne? Cemana laaaaaa....

Thursday, February 10, 2011

From tiny to bunny!!!!


Alaa, dulu kuar kecik comel je!!!! Rasa nak gigit-gigit lak........


Laaa ni umag aihhh, boolaaattt! Tak larat nak dukung dah weihh....


Cuti 3 bulan, best ke??

Lihat tajuk. Best ke? Meh nak bagitau. Kalo mengandung pertama kali, beranak sulung! Memang bestlah!!! Macam dapat perhatian lebih. Harus lah segala pantang larang tok nek ko kena ikut. Kalau tidak, bernanah telinga kau kena bebel. Masa ni lah kena berurut, bertungku, berpilis bagai. Makan pun stok-stok kupik tak boleh makan banyak-banyak nanti terik urat perut. Ko nak buncit??? Masa ni pun laki ko sayang lebih maklum le pertama kali dapat anak.

Masuk beranak kedua, ngan anak sulung yang besar tak berapa besar, leh laaaa handle sikit2. Makan pun lebih sikit kang takde tenaga nak jaga dua anak. Boleh ler berbagi dua jaga anak ngan laki sendiri.....

Masuk anak ketiga, belasah je nak makan apa pun lam pantang, huhuhu!!! Maunye tidak, tenaga kena lebih. Kena pulak anak jenis pintar cerdas macam si Firdaus Muhaimin. Auta dia lebih so mak nya tak bleh stok lemau mau pun lembik. Time ni suara tak high pitch memang something wrong somewhere. Nasib baiklah wa nya pun cah ligah jugak jadi agak-agak tak terkawal, fire je!!! Laki pun wat-wat laaa rajin kerja balik lambat OT konon padahal..............

Waaaaa, kesimpulannya..... ko ingat cuti lama-lama heaven ke? lain laaa 3 bulan tour Europe, ke kan!!!! Sampai sekarang pun aku terkagum-kagum macam mana orang leh beranak ramai-ramai serta mempunyai kesabaran yang tinggi sebab aku walaupun tak sampai ke post partum depression tapi sipi-sipi ada...........

Nak anak lagi????? NO WAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bibik aka Maid!

Pepagi tadi Mr. Fad tanya, "Jadi ke nak bibik tu. Hari ni last day kene bagitau budak tu. RM3500. Urusan imigresen visa yada yada lain. Kat seribu gak. Tapi kalo lari tak tanggung. Kalo wat keje tak bagus je ada ganti."

Errr, bibik? Kalo ikut senang memanglaa nak. Takdelah bergaduh makan ati laki bini tiap-tiap ari! Tapi ada orang luar lam rumah sangatlaaa tak best. Kena plak umah aku sekangkang monyet je. Kang pusing kanan kiri depan belakang asyik laaa ngadap muka dia je...

Lain laaa kalo umah Apal tu luas ler skit. Haiyaaa, nak ngeluarkan RM3500 ligat pala otak aku. Kalo leh tambat tak lari iye jugak. Ini nama pun maknosia. Takde guarantee maupun warranty. RM3500 wat built in wardrobe sekalian wat room make over pun bagus, ye!!! Nak new bed, new mattress, new lighting, new wallpaper, cat bilik baru, new curtain yada yada.....
Kasi up skit budget jadi RM 7k. Bilik kocik jo.... Bayangkan tidur 5 orang!!!



Patutlah 3 menjak ni aku tidur tak nyenyak. Sebab bilik tu dah jadi tak best!!! Bau susu, doh!! Bila la bebudak ni nak tidur bilik sendiri???

Gosip pagi hari!!!!

Waaa, bestnya! Takde dah gambar ai yang gomuk di background!!
Soka.. Soka.. Gantinya gambar 4F kat right sidebar.
Comel, comel, comel, ai soka!!!

Huhu, pepagi dah bergosip stail artis ngan my sis and my SIL.
Siap attachment segala! Nasib lah ada bb service jadi daku
takdelah ketinggalan cerita di situ!

Errr, yang ai tak bleh blah pemikiran tahap tak sekolah dia!!
Weh, Mc Teh, dia sekolah takat mana? darjah 6? SRP?
Ohhh, come on!! Alasan menikah lain sbb tak mampu tanggung
anak-anak?? Habis tu laki baru dia tu nak tanggung anak2 dia kah?
Sah2nya bukan darah daging sendiri, kan!!!

Alamak, ai ter over bengang plak nih.....
Sorry aaa, tak bermaksud tapi dealing ngan orang begini sian my SIL
punya adik beradik yg terpaksa berhadapan dengan kerenah dia
yang memeningkan kepala!!!

Tuesday, February 1, 2011

telefon gue wat hal!!!!!

Huaa, rasa macam buruk je blog ni!!
Gambar template tu rasa macam dah tak valid!!
Huduh... huhuhu...

Baru je aku bersemangat waja download wordpress for bb..
kunun-kunun rajin ler nak hupdate blog, hapanya!
terus hang hp...
terus aku sawan rasa macam nak guling-guling....
ni kali ke sejuta enam dah ni!!!
henpon ngan aku memang laaa tak ngam...
ada je benda yg bikin darah go upstairs!!
nokiah ke, soni dwi kuncoro ke, strawberri ke?
moto... ekk aku blum penah pakai moto kapcai!!!
cam nih nak beli i phone laaaa.....

huhuhuu........................