Semalam hari paling havoc sedunia! Macam-macam hal berlaku. Kat sekolah, kat umah! Entahlah, rasa-rasa kalau macam ni terus boleh gila dibuatnya. Kalau hal sekolah, yang paling tak boleh blah adalah mengadap ibu bapa yang bebal dan tak beradap! Semalam adalah kemuncaknya... Ada sorang budak darjah satu nama iskandar. Punyalah nakal (dah masuk kategori jahat dah budak ni!) Kerja dia pedajal orang je. Kalau sebut nama dia, satu sekolah kenal. Dek kerana ramai sangat yang komplen pasal budak ni, pk hem tepon lah mak ayah dia. Hari telepon adalah hari selasa. Mak bapak dia datang serang hari khamis. So kitorang cikgu-cikgu rasa hari rabu dia buat preparation. So masa ari semalam dia datang menyerang, cukup lengkap lah barang-barang dia bawa. Cikgu-cikgu ni memang dah ready je nak serang anak dia tapi tak nak pulak dia jumpa cikgu yang ajar anak dia. Si ayah ni dah tengking-tengking guru besar. Gb malas je nak layan.. Dengan guru kelas anak dia pun dia punya angkuh cakap jangan sentuh usik anak dia. Kemain ekk!!
Paling tak tahan, dengan berlagaknya lempar sepuluh ribu atas meja gb cakap dia orang kaya duit gaji cikgu dia yang bayar. Ingat dah lempar duit tu tak nak amik semula tapi kaya dia tu sikit je. Kutip balik duit yang dia lempar tu. Siap bagitau cikgu-cikgu ni tak layak ajar anak dia sebab takde degree sedangkan dia ngan isteri dia degree from US. Siap tunjuk bawa sekali ngan frame besar karpet.. Huhu ada gak orang saiko cam ni! Aku suspek dia dah gila agaknya terjerit terpekik kat opis marahkan cikgu. Sedangkan semua budak dah bagitau anak dia jahat suka pukul orang. Patutlah anak dia penyangak, anak dia dah terang-terang jahat dia backing. Pastu siap cakap dengan bangganya dekat anak dia... Apa-apa hal pun macam mana pun papa tetap akan pertahankan abang!!! Heh, ada gak manusia cam ni kan! Lepas ni, cikgu memang tak leh nak wat apa-apa. Paling baik pun cikgu akan aanggap anak dia tak wujud dalam kelas tu lantaklah dia nak jadi apa...
Balik sekolah bengang ngan anak-anak pulak. Manalah cikgu tak stress. Masa ngandung duk bengang kat anak orang kuar anak sendiri jadi cam tu lah! Semalam si daus boleh pulak tabur bedak serata rumah calit ubat krim merata-rata. Apa lagi naik antu lah aku. Pukul bedal cubit segala macam. Si tihani dah meraung-raung jangan pukul daus. Tapi memang dah tension sangat!! Masa ayah dia mandikan, banyak lak kesan lebam belakang badan diam. Haiyohh, rasa bersalah sangat tapi dah tak sabar geram sangat. Tu belum citer hal-hal berkait kalau daus serba tak kena. Sian anak aku! Kecik-kecik orang dah tak suka... Huhuhu... Takpe lah dausn kena marah maknanya ibu sayang!!
4 comments:
dasyat bebudak ngan mak bapak budak skang ni. siap lempar duit lagi... bongkaknya diorang sbb kaya dari cikgu.
daus, daus...memang kesian lps naik antu tu. tp time tgk diorang buat prangai ni sapa tahan. nak2 plk mcm nyoh keje. penat kat sekolah lagi, balik umah tengok umah tercalit-calit, bersalut bedak lagi. Ofkos, sape2 pun akan hot tebabo.
even mok pun naik antu masa zeli main anak hanjing kecik2 dulu...hihi...she told me that..
ada degree from US pon bangang! apa punya mak bapak ntah. dah kalo kaya sgt...pi la anta anak ko private school. takde la dok susahkan org lain!
haah kalu kaya sgt nape tak antar private school? tak cukup kaya la tu wakakakakakka..belajar kat US pun tak reti jaga anak..adoii bukan la tu ukuran..nampak sgt la ceteknye pemikiran mak bapak dia tue..kalu aku suka la org nak tolong didik anak kita..
-kakak-
Tau takpe! Mmg susah le ajar anak org bandar ni. Better ajar anak org kg. I bet parents kt bandar ni semua unrespectful. Kalau tgk cara diorang ckp ngan cikgu, mcm semua cikgu pun salah anak diorang je betul. Padahal cikgu bukannya ada bias pun sah2 anak cikgu takde lam kelas tu.
Haha, parents zaman sekarang apa hal salahkan cikgu esok bila anak derang besar perangai cam setan kena tangkap polis marahkan polis lak. Tak mustahil...
Post a Comment