Lately, asyik hujan lebat je. Tiap-tiap hari hujan. Kebetulan hari tu, masa hari khamis lepas balik kwsp tetiba kilat berdentum tak dan buat apa, electric shocked and phone line sama modem dah terbakar kena sambar petir. Tamatlah riwayat tepon and modem. Huhuhu! Nasib baik tak disambarnya barang letrik kat umah ni. Kalau tak, abisler jawabnya!!
Bila Fad takde, jawabnya duk umah aje!! Hari sabtu pagi si ani nak makan roti canai. Nak tak nak angkut tiga-tiga orang bawa masuk kete pegi tempat jual roti canai. Bila dah tiga, yang kecik masih berdukung memang huru-hara lah jawabnya. Kat tempat roti canai tu ada lak taman permainan. Gelenyar ler daus nak maik mainan. Memang suara soprano aku keluarlah. Terjerit panggil daus suh ani tengokkan. Tak kuasa nak malu-malu dah. Nasib baik cepat siap roti canai kalau tidak ku heret tiga-tiga masuk kete.
Si tihani lak, gelenyar nak balik umah tok mak dia. Tak kuasa aku nak layan. Duk umah lagi baik... Mata tak sakit hati pun tak sakit.. Esok je lah singgah sana!!
Hari ahad, nak tak nak kena angkut tiga beradik balik sri gombak. Sebab belah malamnya nak kena amik fad kat klia!
No comments:
Post a Comment