Monday, June 7, 2010

What to bring when u go travel??

Ada orang tu kan, dia pergi keje bukan buat keje. Tapi duk godek segala mak nenek bb free services nak dl dalam dia punya hp. I siap perli-perli dia lagi pagi tadi. Kalau setakat nak buat personal stuff baik buat kat rumah. Hehe, alasan dia kalau kat rumah ada dak Aus mengacau. Oh, rasa bersalah pulak cuti sekolah tapi still hantar Aus ke nurseri. Tihani pulak duk begging nak stay kat umah nenek dia.

Hmm... takpelah, i bagi alasan nak kemas rumah and nak packing barang. Packing dengan unpack is something that i hate the most. Sebab tu selalunya, after travelling somewhere, barang-barang akan masih berada nicely dalam bag/luggage/plastic bag except barang shopping. Barang shopping selalunya aku kirai dulu.

Hmmm, aku memang suka jalan-jalan. Si Fad pun cakap bestnya kalau dari dulu lagi sebelum ada anak pergi travel style backpackers. Err, zaman dulu mana ada AirAsia and jalan-jalan oversea is something impossible. Travelling cost is something that we have to consider. Sebab tu berjalan pergi negara yang murah aje and orang pun selalu cakap, alah pergi Indonesia je pun nak kecoh. Hah, orang yang bercakap tak sedap mulut nih pun satu Malaysia pun tak habis pusing, apatah lagi naik kapal terbang pun tak pernah so abaikan je. At least kitorang dulu dari zaman uni pun dah pergi U balik kampung naik MAS. Yang ada mengata aku tuh sahkan nak naik MAS, naik AirAsia pun tak pernah. Ekekeke!!!! Okeh, melalut n ter emo lebih lak!!!

Walaupun nak travel dekat or jauh, naik flight/kapal terbang/feri sekalipun, keperluan yang paling penting adalah keperluan anak. On top of the list, medication is very crucial. Be prepare with ubat batuk/demam/selsema and cream for allergies. Anak kecik mudah jatuh sakit ketika kita pergi berjalan sebab selalunya kita akan spend more times untuk sightseeing from morning till late at night. Perubahan cuaca/keadaan sekitar/ tidak cukup minum air/ kurang mandi/ badan letih / makanan untuk bayi seperti bubur susah nak dapat lagi menambahkan anak cepat jatuh sakit. Aus demam sangat panas masa kitorang kat Bandung last year, sebab kitorang berjalan sakan dari pagi hingga malam and expect 6 months baby is just like us boleh hangout sampai tengah malam. Ended up, malam balik hotel badan dia sangat panas, ubat terlupa bawa, ditanya sama Pak Agus normally anak di bawa ke doktor tapi ubatan kena beli di Apotek yang kebanyakan sudah tutup menjelang malam. Sudahnya semalaman kami berjaga malam duk basahkan kepala dia dengan air takut-takut kena sawan sebab demam sangat panas.

Selain itu, kelengkapan anak. Pergi beberapa hari pun kena bawa banyak barang. We can't estimate how many clothes they will wear, how many pampers they gonna use, keperluan susu, air panas, etc, makanan separa pepejal senang atau susah nak dapat. Kalau anak dah start makan solid food senang sikit. Boleh kasi apa yang kita makan. And do we need carrier/stroller/buggy, etc. Macam mana tempat yang kita nak pergi tu. Senang bawa buggy or just pakai baby carrier??? Hmmm, tapi jangan pulak stress sampai tak nak bawa anak pergi berjalan. Biasakan mereka dengan pergi tempat yang jauh dengan menaiki kereta so u can plan wisely.

For us, adult. We can minimize our clothes. It's either buy a new one or wear it a few times. Orang dewasa takkan lah pakai baju leh comot-comot cam bebudak, kan!! For me, i only bring a pair of sandals which i wear. I never bring extra. The most important thing, bring enough cash. Passport kalau travel abroad and your gadjets. Camera/handphone/charger. I selalu bawa gadjet tapi charger lupa nak bawa. kalau hp korang jenis yang ramai orang guna cam nokia senang sikit boleh pinjam ngan member. Last time, i sorang pakai sony charger lak tak bawa. Menjelang petang je dah kong. Langsung tergendala. Jangan lupa jugak medication for yourself. Iyelah, berjalan tempat orang, makan makanan orang, mana tau perut tak biasa cirit birit lak. Minyak angin botol kecik oklah. For the sake, hilangkan pening kepala and sakit perut and also ubat demam/batuk/ selsema. Orang kata less is more. Bawa sikit barang senang nak bergerak, kan!! So, plan your trip ahead so it will be indeed enjoyable. Dah!!!!!! Kalau i ada tertinggal u all leh laa tambah!!!

1 comment:

xplorer said...

btul tu , the best time to travel is before you have kids or best still when you're not married yet