Saturday, April 3, 2010

Cerita Tihani...

Hari tu tihani bilang nak berhenti minum susu. Oh, saya macam tak percaya. Kebetulan stok susu dia dah habis jadi Fad taklah membeli. Hari pertama, dia tak sebut pun pasal nak susu. Penat lagipun sebab tadika dia tengah sibuk latihan untuk hari sukan yang kebetulannya jatuh pada hari yang sama dengan sekolah saya. Bagaimana ya? Hati meronta nak pergi tengok dia menyanyi, berlari dan bertanding. Pada masa yang sama saya pun ada tugas di sekolah. Aus terpaksa dibawa sama sebab takde orang yang boleh menjaga. Kenapalah dari tujuh hari dalam seminggu dipilihnya hari Ahad?


Cerita pasal susu. Hari kedua pun nampaknya masih lagi kekal tidak meminta susu. Masuk hari ketiga, dia macam kehilangan sesuatu. Muka pun penat letih lesu dan menyebut nak minum susu. Oh, masih sukar rupanya nak cerai susu. Kelihatannya ketagih. Sudah dapat, sebotol! Hilang lesu. Tapi sekarang minumnya tidaklah sekerap dulu. Sekali-sekala sahaja!!


Yeeehaaa..... rasa nak menari tango pulak. Semester 2 finally over. Berapa pulak CGPA aku sem ni??? So many plans to for coming few months. Errr, USD makin turun. come on sesapa yang nak tukar duit nak pi holiday!!!!

No comments: