Hari ni kami pusing-pusing Guangzhou tanpa hala tuju, heh!!! Walaupun kitab Guangzhou ada di tangan tapi haruslah tak tau nak ke mana. Ok, kita serang electronic/gadjets mall. Sangat tempting ok. Be it ori ke local ke semua ada. China kan sangat advance bab klon mengklon ini semua.... Dari cari lense segala mak nenek bentuk lense... oh, yang warna kuning tu lense pesen baru ye anak-anak, kat mesia lum ada, muahahaha!!!! Hamik ko satu daerah semua barang elektronik, barang baru satu gudang, gudang sebelah barang second hand pulak, gudang depan barang letrik, juling biji mata.... Iphone sampai Iphone 5, mesia baru nak kedek-kedek kuar iPhone 4, apa kelas!!! huhuhu!!!
Sudahnya kat sini we all tangkap Chipad (Ipad China maaa!!!!!). Apa korang igt yg korang beli kat Low Yat tu ori, sama je yg aku tgk kt Guangzhou but 300% cheaper!!! Padahal masa datang, hati berkata-kata aku malas nak layan barang China..... Ok, Mr. Fad dah juling biji mata tgk lense... My friend segala PSP, memeory card, etc telah dirembat. Kat situ je dah setengah hari ko!!!
Lupa nak citer, masa kat sana kan, sebab area sangat besar, kitorang nya drebar dah kasi kitorang tepon. Cordless phone. Dia cakap senang nak track kitorang kalo hilang and we all can call him too!!! Tepon tu macam tepon rumah pastu ada antenna. Hahaha!! Can call in and out! Duk menggoogle gambar tak jumpa laa pulak!!!
Pastu kitorang gi makan kat kedai Chinese Muslim penduduk local. Umang aiii, kemain sedap nasi lauk daging kambing masak lada hitam ngan mee cendawan daging dia. Dah lah banyak murah lak tu. Satu-satunya kedai yang murah kitorang jumpa kat Guangzhou.... Pastu kitorang gi children's wholesale market. Huaaa, pening pale..... Seluas-luas kawasan sampai tatau nak mula dari mana dan nak pilih yang mana!!! Yang paling best, kalo setakat nak beli seploh helai untuk anak korang yang paling banyak dua orang tu, lupakan ajelah!!! Order maaa.... 500 pieces ship to Malaysia. Kalo korang agak-agak nak business pasar malam takpun bukak booth bolehlah datang sini. Kalau jalan-jalan cam kitorang ni, kem salam je laaa.... Same case jugak masa kitorang gi Ladies Garment and textiles. 500 pieces and above baru derang layan. Kalao setakat nak beli blaus dua helai, tak kuasa derang nak bukak guni cari saiz utk kitorang..... Huhuhu......
Itupun dan makan sehari tau jalan 2, 3 tempat yang kemain besar. Pastu guna tepon rumah besar gabak tu call Tony suh pick up kitorang nak balik hotel amik barang sebab nak gi railway station nak balik HK. Boleh plak on the way nak gi stesen ketapi tuh van kitorang rosak tengah-tengah hiway. Aduhai, canne nih, dah ptg jgn ler rosak lama... Pastu si Tony duk main2 gear ok leh gerak tapi semedang gear dua. Slow and steady Tony asalkan sampai stesen ketapi. Si Tony nih baik laa pulak layan je tak habis-habis say sorry say sorry... Huhuhu..... sian dia!!!
Err... wa berenti dulu laaa!!!
1 comment:
maseh simpan kontek number driver tu? or camner nak cari dia kalau kat ctu nanti?
Post a Comment