Thursday, November 29, 2007

Sometimes u make dizzy.....

Anak aku nih, kadang-kadang boleh buat aku tukar kaler jadi hijau. Tensen betoi la!

Scene 1:
Di tengah hari selepas mandi…

Ibu : Nanti lepas mandi pakai baju minum susu and then terus tido tau sayang!
Tihani : Ok (*terus pi kedek2 kt lemari amik baju dia.*)
Ibu tolong pakaikan baju.
Ibu : Laaaa, yang ko pegi amik baju tido nih buat pe. Pakai je laa baju biasa.
Tihani : Tadi kata suh tido. Kenalaaa pakai baju tido.
*Terus sakit kepala*

Scene 2:
Di pasar malam sambil ibu dukung…..

Ibu : Tihani nih asyik dukung je. Cuba laaa jalan sendiri.
Tihani : Alaaa hani penat. Kaki hani sakit
Ibu : Abis tuh kaki tuh nak buat pe? Kalo tak nak kita potong je laa kaki tuh. Sakit
kepala ibu layan hani laaa……
Tihani : Ibu sakit kepala ke? Kena potong kepala tuh baru x sakit…


Tuh belum lagi perangai mengada-ngada nak kena layan dia tuh. Maunya laaa mulut aku yang kecoh nih asyik x berenti je nak marah. Paling faveret dia nih menyanyi. tak kira laa lagu apa. ella, mila, siti nurhaliza, jaclyn victor, apa2 je laaa.. yang aku pelik tuh muka artis pun dia kenai. umah aku nih mana penah beli mgz. hiburan bagai. lagu ultraman tiga, sin chan, iklan tm let's talk pun dia belasah nyanyi walaupun aku tatau ke benda biji butir yg dia sebut.


Bab bergaya memang serah kat dia je laaa.... kalau suruh mandi mesti dia ingat nak pi berjalan. Pastuh mesti nak pilih baju sendiri. complete with nak pakai lipstick, eye-shadow, maskara semua padahal nak sebut lipstick pun jadi pastik. Hangin satu badan akak ni tau.....

2 comments:

*eHseu* said...

standard laaa tuh ern....si alyaa tuh, berperang tiap2 hari ko tau!!!byk tol cekadak dia...

ni adik dia kecik lagi...nnt dah besar hopefully tak macam pangai kakak dia..hehehe

Anonymous said...

sangat kelakar la anak ko ern, lorat banget ! ikut gen sapa tuh???