Thursday, May 21, 2009

Aku yang pelupa!

Hari ni sikit punya aku vogue pakai batik and touch up muka sebabnya terbangun awal. Heh, gitulah. Kalau bangun awal, adalah nafsu jugak nak make up. Aku sangat suka pakai eye liner sekarang. Kaedahnya, dah lepas siap semua sebelum pergi kerja aku sidai kain depan rumah. Siap sidai kain naik kereta terus challo........... Amik ko, aku pergi kerja pakai selipar!


Tersangatlah buruk pakai selipar cap jepun ini.

Sudahnya hari ni aku duk mengelak je daripada jumpa guru besar. Kalau idak, harus kena tembak aku sedas dua. Banyak hal pulak sehari dua nih. Nak tau, semalam Fad anak beranak tertidur sampai cerah. Haruslah selepas Aus buat perangai tengah malam. Nasib baik pakcik suami pengasuh datang mari ketuk pintu. Kalau tidak lajak sampai tengah harilah. Heh, segan betul pakcik ketuk pintu si Fad nih denga muka sememeh anak beranak terbongkang tengah ruang tamu. Nasib baik aku tak terlibat dalam cerita ini.

Korang pergi J Card Day kat OU? Esok pulak ada warehouse sale for corelle, corningware, luminarc and vision kat Atria Damansara Jaya. Banyak benar sales lately. Aku tutup dua matalah. Gigih nak ngumpul duit ni, wei!!!!

3 comments:

Mya said...

esok J Card day kat jj w.maju. tp belum gaji la! huhu..

Blog Diva said...

kira ok la tu selipar jepun dua2 belah.udin aritu if im not mistaken sebelah selipar jepun, sebelah kasut keje..kat OU pulak tu!

faerni said...

hehehe....
itulah, belum gaji lagi.
tak best, tak best!