Tuesday, May 12, 2009

Panas melampau!

Ok! Since everybody are complaining about the hot weather, below is the news that i googled!
From Berita Harian. To make it worst, this phenomena will end only by the end of July! Aku rasa macam nak pi beli ekon la la ni gak! Kami empat orang tidur tingkat bawah. Berlenggeng ok! Oh, peti ais umah rosak! Tempat ice box nya tak leh katup. I think the magnetic strip has lost its magnetism. What did Fadzli do??? Dia ikat ngan tali rafia. Tiap kali aku nak amik barang basah nak masak kena untie it first. Jadi apakah maksudnya itu???

***********************************

KUALA LUMPUR: Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat Semenanjung ketika ini adalah kesan pemanasan global dan perubahan tiupan angin monsun.

Fenomena dikenali sebagai `pulau bandar haba (urban heat island) itu menyebabkan bandar yang padat dengan aktiviti penduduk dan pencemaran udara mengalami kepanasan melampau.

Cuaca panas melampau melanda negara bermula Januari lalu menyebabkan suhu meningkat sehingga 36 darjah Celsius di beberapa bandar utama, termasuk Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Suhu panas normal terutama pada waktu tengah hari adalah sekitar 32 dan 33 darjah celsius.

Pakar cuaca dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Chen Ngai Weng, berkata semakin besar dan padat sesuatu bandar, semakin panas suhu di kawasan itu akibat pencemaran dan aktiviti manusia yang menyumbang kepada fenomena itu.

Beliau yang juga pensyarah geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan universiti itu, berkata keadaan akan menjadi semakin teruk jika negara jiran, Indonesia, tidak mengawal aktiviti pembakaran hutan secara terbuka.

Keadaan semakin teruk terutama di kawasan pantai barat Semenanjung jika Indonesia tidak mengawal aktiviti pembakaran hutan mereka secara terbuka yang sering dilakukan pada musim panas dan kering.

Tiupan angin panas dari negara itu ke sini ekoran monsun barat daya akan menyebabkan jerebu. Jerebu yang memerangkap haba akan menjadikan cuaca semakin panas, katanya kepada Berita Harian.

2 comments:

Blog Diva said...

Prof Chan Ngai Weng... Me pernah follow kelas Remote Sensing dia.. Best!Best!

zahira said...

sampai july? huhuhu...ada jugak aku berpantang tak berstoking or berbengkung ni karang...