Firdaus sangat suka makan kek. Hari ni ada sambutan Hari Guru di sekolah dan saya dapat kek coklat yang sangat sedap, sangat moist and coklatnya meleleh-leleh daripada anak murid. Si Firdaus telah menjerit-jerit dengan suara yang tinggi pitchnya hanya untuk meminta simpati supaya saya memberinya makan kek. Saya sebagai ibu, sungguh tidak sampai hati lalu telah memberinya makan sepotong. Saya tahu ia sungguh tidak baik untuk budak berusia 7 bulan tapi saya juga tidak sampai hati membiarkan dia menangis tersedu-sedu.
Saya juga dapat sejambak bunga daripada murid. Iya, seorang murid lelaki telah memberi bunga kepada saya. Saya juga telah mendapat hadiah-hadiah kecil yang lain yang telah saya susun dengan cantiknya di atas meja kerja saya.

2 comments:
bagi je aus apa pun selagi dia nak makan nih. dia budak sihat xpe. kek bagus, apa?!
bestnya dpt hadiah dari anak murid.. mesti saat2 ni u rasa sgt bangga jadi cikgu kan.. :)
Post a Comment