Takde benda buat hari Ahad semalam selain dari menjaga bebudak kecik di rumah ini yang demam. Aus pulak asyik muntah je. Habislah kerja satu hari duk basuh sarung kusyen, tuala bagai yang terkena muntah dia sambil-sambil lipat baju 3 bakul besar. Haiyooh!! Itu sebab stok baju kecik dan seluar kecik dah habis nak cari tak jumpa dalam timbunan kain. Part paling best bila Aus sakit ialah dia menjadi mandom dan tak bergerak cuma duduk sahaja atas kerusi sambil duk tengok video rakaman kami ke Bandung tahun lepas.
Hah, MAS dah ada direct ke Bandung. Bagi mereka-mereka yang pernah ke Bandung, pasti teringat airportnya yang amat kecil. Nak lepas imigresen satu hal maklumlah kaunternya satu saja. Kalau seluruh penumpang beratur nak cop pasport, berejam tunggu. Belum lagi bahagian nak ambil bagasi. Takde laluan berpusing tu. Paling tidak pekerja airport duk susun beg satu persatu. Jenuhlah berebut nak ambil beg masing-masing. Tapi takpe, bab shopping paling heaven!
Habis cerita Bandung. Bila malam bawa Aus gi klinik. Kena dos ubat demam terus segar. Mulut duk becok ngajuk si Reza dengan Scha. Ayat favourite, kata siapa? Kata ko!! So comel!!! Pastuh tengok bola pulak. Germany menang against England. Fuyoooh!!!!
No comments:
Post a Comment