Friday, November 13, 2009

Kereta rosak lagi!

Oh, semalam kereta tak boleh start lagi. Bateri puncanya di tengah hari buta tatkala nak ke pejabat pelajaran. Saya tidak mahu bawa satria kerana kena isi minyak mencekik darah ditambah tahap gegarannya mencapai 4 skala richter. Saya pilih untuk beli bateri kereta baru tapi saya tidak tahu pasang. Saya telah membodek cina itu untuk ikut saya balik rumah dan tolong pasangkan. Berjaya! Malah dia suruh saya bawa kereta untuk fix bateri itu bagi ketat dan tidak bergoyang-goyang lagi.

Di tengah hari yang panas kenapa orang ramai bawa kereta sangat lembap sekali? Saya sungguh panas hati. Sudahlah jalan yang dulunya 4 lorong menjadi dua sahaja akibat jalan runtuh. Seterusnya, setelah urusan siap di pejabat pelajaran, saya segera ke Jalan Ampang untuk selesaikan urusan dengan pihak bank pula.

Semasa dalam lif menuju ke tingkat 8, dua orang perempuan sedang berbual. Seorang mak cik bercerita kepada mak cik yang satu lagi menyatakan bahawa guru anaknya bagitahu tidak payah datang ke sekolah kerana peperiksaan sudah habis. Dia mengutuk guru dengan menyatakan guru menggalakkan murid ponteng sekolah.

Oh, tidak sayang mulut. Aku terasa mahu menyuruh dia datang ke sekolah untuk jadi guru. Tak perlu sehari. Cukuplah dengan sejam sahaja di dalam kelas. Aku lihat sekarang, ibu bapa lebih suka anak berada di sekolah dan dijaga oleh guru. Ibu bapa tak suka cuti sekolah kerana mereka tidak dapat mengawal anak dan kena fikirkan makan minum anak sepeninggalan mereka. Haru!!!

2 comments:

Yours truly said...

jadi cikgu cabaran lagi besarla...
huhuhu lagi super stress kan?? hohoho

faerni said...

ye lah...
sometimes i wonder, macamlah mak bapak diorang tak sekolah dulu!

sekolah zaman sekarang campur tangan ibu bapa terlampau......


the best resort, cikgu zaman sekarang buat tak tau je....


huhuhu.........