Wednesday, July 1, 2009

Sakit, Ixora dan Gigi..... Tiada kena mengena!

Sekarang adalah musim orang sakit masuk spital. Semalam ada member masuk wad sebab darah tinggi. Oleh sebab mengandung, harus kena tahan wad. Ada sorang lagi sudah ditahan di wad sehingga bersalin. Aduh, itu lagi 3 bulan. Masalahnya, air ketuban bocor.

Oleh kerana, ada seorang kawan itu ada kereta baru. Kami yang ramai sangat tergedik-gedik mau naik keretanya. Mau merasa naik ixora. Heh, hasilnya aku kepeningan sebab kena duduk belakang sekali. Apakan daya, kami sampai HSB pun sharp pukul 2 dan tidak dibenarkan masuk wad. Strict sangat sekarang ni tambah-tambah sebab flu babi. Jadi kami adalah melawat hospital sahaja tidak melawat pesakit.

Oh! Oh! Aku ada cerita pasal Mat Daus. Susah sekarang handphone berkamera tiada jadi cerita sahaja dulu. Daus sudah tumbuh gigi. Iye, korang pun tau. Masalahnya, gigi Daus adalah besar-besar dan kami sepakat memanggilnya gigi badak. Besar, tau! Huhuhu.... nanti aku paste gambarnya di sini!!!

No comments: