Saturday, June 14, 2008

Built in hob and cooker hood!

Hari nih sempat pi jalan2 tengok perabot n cari cooker hood and hob. Since our kitchen tu sangatlah comel tak bolehlah nak beli cooker hood yang bentuk chimney. Kedai tu ada offer of these two items at RM499 (brand ELBA). Murah tak? Hehehe....


+

Tambah RM100 boleh upgrade hob BOMPANI. Pikir2 balik, setakat nak masak biasa2 je lah kan. Fadzli cakap bukannya nak masak kenduri hari-hari nak beli FOTILE punya brand. So esok nak pi tengok kat Sri Gombak. Kalau harga mahal harus pegi kedai ni balik. Stok selagi masih ada.

Oh, set sofa and meja makan we all dah decide tapi secret dulu. Dah booking dah. Simpan kat stor kedai tu dulu untill dapat kunci nak pindah masuk umah baru suruh orang kedai tu hantar. To end the day we had makan2 at our fav. western food restaurant. Si Tihani haruslah nak makan kfc je makanan fav. dia. Dah kali ketiga untuk minggu ni.

Haa, tengok tu mak ngan anak riang ria jinjit beg plastik nak pi bercanda tepi tasik makan kfc. Mind my big butt. Figure dah lari dah ni! Oh, can a pregnant woman consume herbalife?



Thursday, June 12, 2008

Rebate oh rebate!

Aku benci betul.  A few times aku upload gambar pastuh blogger ni jadi bengot!  



Tadi pi pejabat pos nak bayar bil and orang2 pos tu dok sok sek sesama diorang pasal pembayarann rebate cukai jalan kenderaan bermula esok.  Ramai dah duk keluar masuk pejabat pos nak minta borang claim tu.  Kerani2 pos tu tak dapat apa2 borang lagi pun daripada JPJ sebab dlm paper cakap bawa mykad and isi borang.  Daripada pandangan mata aku nih, kerani2 tu belum bersedia sebab depa pun macam blur-blur je.

Pastu, yang kesiannya diorang kena keje dari pagi sampai petang (ke mlm?) tak dikira OT, cuma macam hari2 biasa bayarannya.  Kesian lagi!  Oh, lagi satu aku duk pikir?  Kenapa buat jumlah RM625?  Kenapa tak genapkan je RM650 takpun RM700 lagi best terus RM1000.  Nyusahkan je nak pulang2kan baki!

Hmmmm, kalo kete besar cam kat atas tu dapat rebate x kalo bawah 2000 cc?

Tuesday, June 10, 2008

63 vs 23!

Diorang tadi kecoh2 pasal a 63 years old man married a 23 years old woman. Aku macam dengar tak dengar bila diorang cerita the man is the owner of a resort in Cherating and the wedding covered dalam sokkabar. Hahaha, confirmed! Sedara bapak aku tuh weh! OLD BUT RICH!

Friday, June 6, 2008

Aktiviti Hari ini....

It's really another sad day for Malaysians....
Well, less cars on the road today.....

actually i'm a bit disturbed to find out that
one of my former schoolmate died bcos of
post-natal complications.
Arwah Kak Zulia died after two weeks
giving birth to a baby girl...
And she never had a chance to even cuddle
her daughter, breastfeed her....

She died on the day my daughter
celebrates 1st year birthday..
Al-fatihah!

To ease my uneasy feelings
Hubby and i went for furniture + lights hunting
We don't even buy one
Just hop in and out the shop and compare the prices


Ok, we decided on teakwood
Do i look old fashioned?
One of my colleague said that
"Akak nih mcm makcik2!" when
we always talk about home decor, curtains and all!
Belum campur cerita pinggan mangkuk tupperware lagi
Hahahaha.... betul macam makcik2!

Minggu depan dah mula keje balik
Sesi pagi pulak...
Jenuhlaaa nak bangun pagi!


Anak daraku enterframe masa kak long kawin!

Thursday, June 5, 2008

Story of the month!

Ok... It's already June!
Balik kg for my sister's wedding...
on the last day of May...
Banyak sangat benda happened...
Alhamdullilah semua went well despite
ada perkara2 yang tak diingini....

my youngest brother accident
kurang sejam lebih sebelum kak long menikah
aku ngan fadzli rushed pergi kecemasan
lepas dua adik laki aku hantar dia pi hospital
tau2 laa bapak aku tuh kan sakit jantung
mana leh dengar benda2 macam ni....
kepala dia berjahit gak muka bengkak2
so that night dia check in kat hospital...

Takde orang temankan kecuali henpon je...
masa aku pi tgk dia kat kecemasan tu pun dia
cam sedar tak sedar je..
duk merapu cakap dia pi main bola
padahal dia accident langgar lembu
The big bull died anyway...

Haru penat gila nikah kawin ni..
walaupun bukan aku yang menikah...
last four years masa aku menikah
dapur umah terbakar...
hambik ko... mana taknya...
dari pagi sampai ke malam duk memasak
mana tak blow up tong gas tuh....

anyway, may is a month to celebrate
mak and kak long nikah on 30/5
me 28/5 and my bro also if i'm not mistaken 26/5
so tinggal 2 org adik laki aku yg belum kawin.....
lambat lagi kot!

Aku sungguh busy sampai satu gambar kawin pun tak snap!
Haru rombongan pihak lelaki sungguhlah ramai melimpah2
ke luar rumah... it's a hint for my dad to renovate the house!
Infact kalo semua org balik umah adik bongsu aku
definitely tido merata sbb umah mak aku tuh ada 6 bilik je
And dgn 2 bilik air haruslah berebut2 kan!

What else, 2 june kami pun pulang laa ke umah kami kt kl nih.
lalu route gua musang-lojing-cameron...
mmg bestlaa tapi ada pulak yg cerdik suggested us to use tapah route
instead of simpang pulai
haruslah aku 2, 3 kali muntah hijau!

Hmmm..... the fuel price increased only two days before my family
comes to kl utk majlis sebelah pihak lelaki
Bagus sangat laa kan tu!
Sebelum ni aku isi minyak 30/week utk gi keja keramat-sentul-keramat
just imagine berapa pulak lepas nih.
belum lagi bulan2 depan pindah umah rawang!
haruslaaaa tunggang kuda lak!

Benci betoi aku!
Bila harga minyak naik..
statement paling bodoh keluar daripada mulut depa...
harga minyak masih lagi rendah berbanding negara2 lain, WTF!
and one more, kena ubah cara hidup.....
in what way?

From driving to walking to ofis?
Makan ubi rebus instead makan nasi?
Bukannya aku pi sopping hari2 pun???