Thursday, June 26, 2008

Saman????

oh, aku kena saman atas kesalahan tidak membayar parking di tempat parking. Aku singgah kejap je nak kuarkan duit. Elok je org PBT tuh letak saman kat wiper kete. Bila cek balik dia salah key in plat no. kete. Hehehe......

Tuesday, June 17, 2008

That thing you do!

Korang suka tak perabot rotan? Ala2 rattan decor? Aku suka sangat. Tambah2 lagi interior design dengan warna suram. Macam cool je, ek! But then, laki aku tu tak suka, ok! Dia kata susah nak cuci, pastu nak kena jaga betul, etc. Oh well. Ada tempat nih kat Keramat dia jual set rotan together with dining set less than 5k. Mind you, the same set of sofa kat rattan decor dah 7-9k. Nih sofa and meja makan yang rangkanya made of authentic jati and ada siap alas kaca cuma 5k. Yang paling best kakak kedai tu sangat laaa friendly.....

I forgot nak snap2 photonya. Nanti lenkali singgah aku amik gambar. Since harga minyak dah mahal, and we're within our budget, perbelanjaan harus berhemah. F and i really looking up and down to have the best bargain of all the items that we bought, considering the quality too. So far, dah tempah kitchen cabinet and wrought iron grill. Cina tuh siap buat computerized sketches for our lil' kitchen. Nampak cute! (Perasan, ok!). Lampu, kipas, curtain pun dah pergi cari and jumpa kedainya. Lepas pasang grill baru boleh pasang lampu, kipas, curtain!

And as F said, hope than we can move in before our vacation to Kuching end of next month. Arhhh, pikir pasal trip ke Kuching ni pun satu masalah. Ada sapa2 boleh bagi mc dua hari tak? We all manalah boleh amik cuti, kan! Not entitled pun! Haru-haru!

Dahlah mengandung2 sarat gini nak ke Kuching. Masa booking dulu manalah nak tau pregnant, kan! Lately, kaki tangan badan semua sakit2. Kebas satu macam je. Mabuk loya pening muntah takde datang pulak dugaan nih. Muscle pain tuh toksah kiralah. Macam baru exercise bersukan bersenam je. Hari2 sebelum tidor duk ngurut kaki sendiri. Uhuhu....

Oh, ya! today i got something from my pupil's mom. Table clock from Anne Klien and a set of brushes from Fransesco Biasia. Entah bilalah aku nak pakai brushes nih untuk bermekap. Aku nih bab mekap terlampau nih memang malas. Agaknya, akak ni kasi sebab tengok aku nih duk berbedak je. Lipstik, blusher, maskara hapa pun tak pakai. Tihani nih seperti biasa duk ngacau nak main berus2 tuh. Siap amik berus untuk kening tuh duk sikat rambut barbie dia.

Another reminder from me, kalo korang pergi membeli barang from the mall. Please double check the price and and the price printed on the receipt. It happened to me few times. Normally it costs rm1-rm2 per item and often happened to the discounted items. Last time beli pampers, dekat display tunjuk 27.99 tapi bila cashier punched tunjuk 31.99. Kalau beli 3 pek pampers dah berapa kan? a few days back happened to F kat Giant and today it happened to me at kfc. i'm not being calculative or stingy or whatsoeva, it is about me being a consumer. After all, kalo hari tuh ada 100 orang terkena macam aku, senang2 je diorang untung atas angin. And they definitely refunds the amount yang korang query tuh!.

Saturday, June 14, 2008

Built in hob and cooker hood!

Hari nih sempat pi jalan2 tengok perabot n cari cooker hood and hob. Since our kitchen tu sangatlah comel tak bolehlah nak beli cooker hood yang bentuk chimney. Kedai tu ada offer of these two items at RM499 (brand ELBA). Murah tak? Hehehe....


+

Tambah RM100 boleh upgrade hob BOMPANI. Pikir2 balik, setakat nak masak biasa2 je lah kan. Fadzli cakap bukannya nak masak kenduri hari-hari nak beli FOTILE punya brand. So esok nak pi tengok kat Sri Gombak. Kalau harga mahal harus pegi kedai ni balik. Stok selagi masih ada.

Oh, set sofa and meja makan we all dah decide tapi secret dulu. Dah booking dah. Simpan kat stor kedai tu dulu untill dapat kunci nak pindah masuk umah baru suruh orang kedai tu hantar. To end the day we had makan2 at our fav. western food restaurant. Si Tihani haruslah nak makan kfc je makanan fav. dia. Dah kali ketiga untuk minggu ni.

Haa, tengok tu mak ngan anak riang ria jinjit beg plastik nak pi bercanda tepi tasik makan kfc. Mind my big butt. Figure dah lari dah ni! Oh, can a pregnant woman consume herbalife?



Thursday, June 12, 2008

Rebate oh rebate!

Aku benci betul.  A few times aku upload gambar pastuh blogger ni jadi bengot!  



Tadi pi pejabat pos nak bayar bil and orang2 pos tu dok sok sek sesama diorang pasal pembayarann rebate cukai jalan kenderaan bermula esok.  Ramai dah duk keluar masuk pejabat pos nak minta borang claim tu.  Kerani2 pos tu tak dapat apa2 borang lagi pun daripada JPJ sebab dlm paper cakap bawa mykad and isi borang.  Daripada pandangan mata aku nih, kerani2 tu belum bersedia sebab depa pun macam blur-blur je.

Pastu, yang kesiannya diorang kena keje dari pagi sampai petang (ke mlm?) tak dikira OT, cuma macam hari2 biasa bayarannya.  Kesian lagi!  Oh, lagi satu aku duk pikir?  Kenapa buat jumlah RM625?  Kenapa tak genapkan je RM650 takpun RM700 lagi best terus RM1000.  Nyusahkan je nak pulang2kan baki!

Hmmmm, kalo kete besar cam kat atas tu dapat rebate x kalo bawah 2000 cc?

Tuesday, June 10, 2008

63 vs 23!

Diorang tadi kecoh2 pasal a 63 years old man married a 23 years old woman. Aku macam dengar tak dengar bila diorang cerita the man is the owner of a resort in Cherating and the wedding covered dalam sokkabar. Hahaha, confirmed! Sedara bapak aku tuh weh! OLD BUT RICH!

Friday, June 6, 2008

Aktiviti Hari ini....

It's really another sad day for Malaysians....
Well, less cars on the road today.....

actually i'm a bit disturbed to find out that
one of my former schoolmate died bcos of
post-natal complications.
Arwah Kak Zulia died after two weeks
giving birth to a baby girl...
And she never had a chance to even cuddle
her daughter, breastfeed her....

She died on the day my daughter
celebrates 1st year birthday..
Al-fatihah!

To ease my uneasy feelings
Hubby and i went for furniture + lights hunting
We don't even buy one
Just hop in and out the shop and compare the prices


Ok, we decided on teakwood
Do i look old fashioned?
One of my colleague said that
"Akak nih mcm makcik2!" when
we always talk about home decor, curtains and all!
Belum campur cerita pinggan mangkuk tupperware lagi
Hahahaha.... betul macam makcik2!

Minggu depan dah mula keje balik
Sesi pagi pulak...
Jenuhlaaa nak bangun pagi!


Anak daraku enterframe masa kak long kawin!

Thursday, June 5, 2008

Story of the month!

Ok... It's already June!
Balik kg for my sister's wedding...
on the last day of May...
Banyak sangat benda happened...
Alhamdullilah semua went well despite
ada perkara2 yang tak diingini....

my youngest brother accident
kurang sejam lebih sebelum kak long menikah
aku ngan fadzli rushed pergi kecemasan
lepas dua adik laki aku hantar dia pi hospital
tau2 laa bapak aku tuh kan sakit jantung
mana leh dengar benda2 macam ni....
kepala dia berjahit gak muka bengkak2
so that night dia check in kat hospital...

Takde orang temankan kecuali henpon je...
masa aku pi tgk dia kat kecemasan tu pun dia
cam sedar tak sedar je..
duk merapu cakap dia pi main bola
padahal dia accident langgar lembu
The big bull died anyway...

Haru penat gila nikah kawin ni..
walaupun bukan aku yang menikah...
last four years masa aku menikah
dapur umah terbakar...
hambik ko... mana taknya...
dari pagi sampai ke malam duk memasak
mana tak blow up tong gas tuh....

anyway, may is a month to celebrate
mak and kak long nikah on 30/5
me 28/5 and my bro also if i'm not mistaken 26/5
so tinggal 2 org adik laki aku yg belum kawin.....
lambat lagi kot!

Aku sungguh busy sampai satu gambar kawin pun tak snap!
Haru rombongan pihak lelaki sungguhlah ramai melimpah2
ke luar rumah... it's a hint for my dad to renovate the house!
Infact kalo semua org balik umah adik bongsu aku
definitely tido merata sbb umah mak aku tuh ada 6 bilik je
And dgn 2 bilik air haruslah berebut2 kan!

What else, 2 june kami pun pulang laa ke umah kami kt kl nih.
lalu route gua musang-lojing-cameron...
mmg bestlaa tapi ada pulak yg cerdik suggested us to use tapah route
instead of simpang pulai
haruslah aku 2, 3 kali muntah hijau!

Hmmm..... the fuel price increased only two days before my family
comes to kl utk majlis sebelah pihak lelaki
Bagus sangat laa kan tu!
Sebelum ni aku isi minyak 30/week utk gi keja keramat-sentul-keramat
just imagine berapa pulak lepas nih.
belum lagi bulan2 depan pindah umah rawang!
haruslaaaa tunggang kuda lak!

Benci betoi aku!
Bila harga minyak naik..
statement paling bodoh keluar daripada mulut depa...
harga minyak masih lagi rendah berbanding negara2 lain, WTF!
and one more, kena ubah cara hidup.....
in what way?

From driving to walking to ofis?
Makan ubi rebus instead makan nasi?
Bukannya aku pi sopping hari2 pun???